Monday 4 August 2014

DIA...MIKHAEL 14


14
            Aku mengeluarkan buku rujukan Bahasa Inggeris daripada beg sekolah. Tak sia-sia aku membawanya ke sekolah pada hari ini kerana masa yang sepatutnya diisi dengan pelajaran kegemaranku, Bahasa Melayu terluang begitu sahaja apabila Cikgu Mokhtar tidak hadir.
        “Awak buat apa tu?,” Aisyah mencuit lenganku.
“Ni..buku yang saya pinjam semalam tu. Ingat nak buat latihan sikit. Awak?,” aku melirik beberapa buah buku yang berada di atas mejanya.
            “O..ni buku Matematik. Ingat nak buat latihan juga. Pasal tajuk Persamaan Serentak tu,” dia mengeluarkan pula kalkulator daripada beg sekolahnya.
“Eh!Hari ni tak ada Matematik kan?,” aku cuak apabila terfikir kemungkinan aku tersilap jadual.
            “Memang la tak ada. Sama la macam awak. Bawa buku BI tu. Bukannya ada pun dalam jadual kan hari ni?.”
Aku tersenyum sambil menganggukkan kepala.
            “Betul, betul. Kalut tadi,” aku tersengih.
Keadaan kelas yang tidak bising membuatkan kelas aku jarang mendapat guru ganti, baik untuk mengajar subjek yang ditinggalkan oleh guru tersebut mahupun sekadar untuk menjaga kelas.
            Kadang-kadang saja guru yang mengajar kelas-kelas yang berdekatan akan menjengah bertanyakan mengapa kelas ini kosong tanpa gurunya. Waktu tu, barulah seisi kelas akan mengetahui masalah yang dihadapi oleh guru yang terbabit.
            Misalnya, pada pagi ni, kelas BM yang ditinggalkan oleh Cikgu Mokhtar kerana dia tidak sihat. Mujur juga, Cikgu Zahri yang mengajar di kelas 5 K1 dan sama waktu mengajarnya dengan Cikgu Mokhtar, datang menyinggah dan memaklumkan kepada kami.
Sedikit sebanyak ini memudahkan kerja Zaim, selaku ketua kelas agar tak perlu dia pergi ke pejabat untuk bertanyakan mengenai ketidakhadiran Cikgu Mokhtar.
“Aisyah..,” aku memanggilnya yang begitu tekun mengadap buku.
            Dia memandangku.
“Ni..saya beli tadi. Yang pakcik tu sedekah pun ada. Rehat nanti kita makan sama-sama,” aku menarik keluar plastik yang berada di dalam laci meja.
            “Banyaknya...nasi pun ada?,” Aisyah tersenyum.
“Nasi..karipap pun ada. Donat, saya punya la.”
            Aisyah ketawa.
“Sshh!!,” aku memberikan isyarat. Keadaan kelas yang tenang pastinya membuatkan ketawa Aisyah itu jelas kedengaran.
            “Ada la tu...,” Amin yang mengusik dari belakang menarik perhatian kami berdua.
“Biarlah...,” Aisyah menjeling.
            “Tak nak kongsi dengan kami ke?,” Fauziah yang memegang pen itu turut memandang.
Sudah!Hal yang tak sebesar mana pula menarik perhatian seluruh kelas.
            “Ala..tak ada apa-apa pun,” Aisyah tersenyum memandang aku.
Aku mencapai semula pen dan mengadapkan semula pandangan kepada buku yang berada di atas meja.
            “Lepas makan nanti, saya nak pergi koperasi. Lama pula rasanya tak singgah kat situ,” Aisyah mencuitku. Kali ini suaranya lebih perlahan berbanding tadi.
“Ok..saya pula ingat nak jumpa ustaz,” aku memaklumnya mengenai rancangan yang bermain di fikiran.
            “Ustaz?Nak buat apa?,” dia bertanya sambil tangannya sesekali sibuk menekan kalkulator.
“Em..saja. Awak tau kan saya kan suka membaca. Mana la tahu kalau-kalau ustaz ada buku yang menarik. Jadi, saya ingat nak minta pinjam. Agak-agak, dia bagi tak?,” aku meminta pandangan Aisyah.
            “Pinjam?Dapat pun!.”
Aku berhenti menulis.
“Dapat?Dapat apa?.”
            “Ni..jawapan soalan nombor 13 ni,” dia tersenyum. Puas hati melihat hasil kerjanya sendiri.
“Saya tanya yang lain la tadi..,” aku mengetuk pen di lengannya.
            “O..pasal buku tu?Em..mungkin la. Kan buku-buku ni macam barang peribadi juga. Kalau la ustaz sayang, tak kan dia nak bagi. Betul tak?.”
Aku terdiam. Betul juga apa yang dikatakan oleh Aisyah itu.
            Niat aku yang dah lama aku pendamkan untuk bertemu dengan ustaz Syukri dan meminta kebenarannya untuk meminjam mana-mana buku miliknya yang berkaitan dengan makhluk-makhluk ciptaan Allah ni, seakan-akan tak akan tercapai.
            “Kenapa?Penting ke awak nak pinjam buku-buku tu?.”
Aku tersenyum memandangnya.
            “Tak la betul-betul penting. Cuma, kalau dah ada tu, boleh juga menambah ilmu. Boleh juga saya baca waktu-waktu lapang kat rumah tu,” aku meneruskan kerja yang tergendala.
            “Rajin awak Lida. Kalau saya nak habiskan satu-satu buku ke, novel ke..lambat..tak macam awak.”
“Ala..dah minat. Apa pun boleh, ya tak?.”
            “Betul sangat-sangat. Habis tu, jadi tak awak nak jumpa ustaz?.”
“Entah la. Tengok la dulu. Lagipun....”
            “Nak jumpa ustaz?Nak buat apa?,” suara yang mencelah mematikan kata-kataku.
Aku memandang Fakri yang datang sambil membawa sebuah kerusi. Dia meletakkan kerusinya di hadapan meja aku dan juga Aisyah.
            Aku memandang Aisyah yang juga memandang aku. Tak pasal-pasal, heboh pula kes aku nak berjumpa dengan ustaz untuk meminjam bukunya!
“A..ya la. Kalau jumpa tu boleh juga tanya topik-topik yang lepas tu. Bab sembelih ke, haji ke..,” Aisyah memandang aku.
            Wah!Lancar juga Aisyah menuturkan idea yang tak terlintas di benakku.
“O..macam tu ke. Ingat nak buat apa tadi. Bila nak jumpa?Ok juga tu. Boleh juga saya ikut,” Fakri meletakkan buku rujukan Sejarah di atas meja.
            Sekali lagi aku berpandangan dengan Aisyah.
“Nak ikut?Pergi la ajak si Khairul ke.. tak pun Asyraf tu. Kami pun..a..bukannya tentu lagi nak jumpa ke tak. Kan Lida?,” Aisyah menyiku lenganku.
            “A..betul tu,” aku hanya mengiyakan Aisyah yang menolong aku.
“La..ingatkan nak jumpa hari ni. Eh!Ni macam buku baru je?,” Fakri mencapai buku rujukan Bahasa Inggeris aku.
            Fuh!Selamat kali ni. Aku memandang Aisyah yang tersenyum kepadaku.
Mujur juga buku rujukan yang baru itu berjaya mengalihkan perhatian si Fakri ni!
 **********************************************************************
            Selesai mata pelajaran Sejarah, aku memicit-micit jari yang lenguh kerana menyalin nota-nota yang diberikan oleh cikgu. Aku cuba membaca kembali nota-nota yang dicatatkan di atas kertas yang aku bawa dari rumah.
            “Tengok..dah macam cacing,” aku mencuit Aisyah yang mengemas mejanya.
“Mana?Yang ni?,” dia menarik kertas-kertas yang penuh dengan tulisanku yang berubah-ubah.
            “Bukan yang tu je. Ni pun..,” aku menunjukkan lagi.
“Semua la!,” aku membetulkan tudung.
            “Ya la. Macam cacing. Ke lintah?,” Aisyah ketawa.
Aku yang pada mulanya terkejut dengan jawapannya, turut ketawa.
            “Tak patut la awak ni. Ada ke macam lintah?Geli la!,” aku menampar bahunya.
“Ya la. Dah awak cakap macam cacing, saya kena la fikirkan haiwan lain,” ketawanya masih lagi bersisa.
            “Nah..pilih je yang mana awak nak,” aku menarik keluar plastik yang berisi juadah makan tengah hari kami.
“Saya bawa yang ni..,” Aisyah mengeluarkan satu bekas daripada begnya.
            “Nasi goreng?,” aku bertanya.
“Ya. Telur goreng pun ada sekali ni,” dia membuka bekas penutupnya membuatkan aromanya dapat dihidu.
            “Wanginya!Ni best ni!,” aku memandang nasi gorengnya yang memang menjadi kegemaranku.
“Kita ni dah terbalik kan?,” Aisyah menghulurkan botol airnya yang berisi air kosong itu.
            “Terbalik?Maksudnya?,” aku mencapai botol tersebut untuk menggunakan airnya mencuci tangan dengan menjadikan plastik sebagai tadahan agar air tersebut tak tertumpah.
            “Ya la. Saya sukakan nasi lemak awak. Sandwich lagi..tapi awak sukakan nasi goreng saya ni,” dia menolah bekasnya agar dekat kepadaku.
“Dah sedap!,” aku tersengih.
            “Agaknya sebab kita dah biasa tukar-tukar makanan kan?,” dia bertanya lagi.
Aku mendiamkan diri memikirkan sesuatu.
            “Dari tingkatan 1 kan?,” aku memandangnya.
Aisyah menganggukkan kepala sambil tersenyum.
            “Dah nak masuk lima tahun. Sekejap je kan?,” dia mengunyah sebiji karipap yang berada di tangannya.
Aku mendapat idea untuk mengusiknya yang selalu mempunyai akal untuk mengenakanku.
            “Ya ke sekejap?Saya rasa macam dah berabad!,” aku mencapai sudu yang diletakkan di atas penutup bekas yang berisi nasi goreng.
Aisyah yang terkejut dengan jawapan aku terus tersedak.
            “Nah..minum. Tu la..lain kali jangan gelojoh!,” aku menghulurkan botol air yang berisi air teh kepadanya.
Aku menolong menepuk-nepuk belakangnya.
            “Ni..tak nak ke?Nanti habis saya makan,” aku terus menyudu lagi nasi gorengnya yang memang sedap.
“Saya dah selalu makan. Memang saya bawa kat awak pun,” dia mengetap bibirnya. Agaknya menaahan geram usikan aku tadi.
            “Hehe..sedap!,” aku menyuap lagi ke dalam mulut dan Aisyah mula membuka balutan nasi lemak Makcik Zabedah yang harum tu.        
            “Nak pergi jumpa ustaz tak?Kalau nak saya boleh temankan tapi kena pergi koperasi dulu la. Nak singgah jumpa Devi.”
Aku mengelap meja dengan tisu.
            “Malas la. Nanti-nanti la saya pergi. Lagipun tak ingat apa yang Fakri cakap tadi?.”
Aisyah mengerutkan dahinya.
“Tadi tu..kan dia pun nak jumpa ustaz. Nanti tak pasal-pasal pula bertembung dengan dia hari ni. Baik saya pergi hari lain,” aku menerangkan kepada Aisyah yang tak faham dengan soalan aku tadi.
            “O..macam tu. Betul juga kan?Nanti benda yang kecik tu pun boleh jadi kecoh,” Aisyah yang faham dengan sikapku turut bersetuju.
“Kalau macam tu saya jalan dulu la. Nak pesan apa-apa tak ni?Pen ke, pensil ke...”
            “Tak. Semua dah ada,” aku terus mengelap meja yang bersisa dengan makanan tengah hari kami. Biarpun hanya serdak-serdak karipap dan gula daripada donat, aku selesa untuk memastikannya betul-betul bersih.
            “Ok la. Saya jalan dulu. Betul ni tak pesan apa-apa?,” sekali lagi Aisyah bertanya.
“Ya. Betul la. Pergi la cepat. Dah nak habis masa ni,” aku mengingatkannya waktu rehat yang hanya tinggal lebih kurang 10 minit.
            “Sempat lagi. Assalammualaikum. Jangan lupa tolong buang plastik tu,” dia menunjukkan kepada plastik yangberada di atas mejanya.
Belum sempat aku nak menjawab, dia sudah menghilang.
        Aku terus mengelap meja dengan tisu-tisu untuk memastikannya betul-betul bersih. Aku melihat beg plastik yang masih berisi 3 biji kuih donat dan sebiji nasi lemak yang berbaki.
            “Sayangnya. Rugi macam ni,” aku mengeluh. 3 biji kuih yang tak mampu aku habiskan seperti selalu kerana kebiasaannya aku berkongsi dengan Aisyah tapi aku tak menyangka pula yang Aisyah sendiri membawa nasi goreng untukku. Aisyah sendiri hanya mampu menghabiskan sebiji nasi lemak.
Mujur la kuih karipap yang berbaki itu dibawa Aisyah kepada Devi yang bertugas di koperasi. Kuih donat dan nasi lemak yang aku suruh untuk dibawa bersama ditolak oleh Aisyah kerana Devi kurang menggemarinya.
“Assalammualaikum,” suara yang menegur membuatkan tanganku berhenti dari terus mengelap meja.
            “Waalaikummussalam. Fakri..dari mana?,” aku bertanya melihatnya yang sedikit mengah.
“Sana..perpustakaan,” dia menarik nafas.
            “Tak makan lagi ke?,” dia mengerling beg plastik yang berada di atas mejaku.
“Dah..tadi saya makan dengan Aisyah,” aku keberatan untuk mempelawa kepadanya kerana tak mahu Fakri tersalah anggap, aku mempelawa bekas sisaku dan Aisyah, biarpun belum bersentuh lagi.
            “Awak..dah makan?,” aku memandangnya.
“Belum. Tadi leka sangat kat perpustkaan tu. Tengok buku-buku baru. Dapat la yang ni,” dia menunjukkan kepada sebuah buku rujukan Sejarah yang berada di tangannya.
            “Fakri..awak jangan salah faham. Ni semua elok lagi. Kalau awak sudi...”
“Betul ke?Alhamdulillah. Ada juga rezeki saya hari ni. Boleh ke?,” dia bertanya lagi.
            Aku mengangguk sambil menghulurkan beg plastik itu kepadanya.
“Memang saya lapar pun. Terima kasih ya!,” dia tersenyum sambil menyambutnya.
 **************************************************************************8
            “Ok la Lida. Bas dah datang tu. Saya pergi dulu,” Aisyah mencapai begnya untuk digalas.
“Tu..,” aku menujukkan kepada tudungnya.
            “Dah ok?,” Aisyah bertanya sebaik membetulkan tudungnya yang sedikit senget selepas menggalas beg sekolahnya.
“Dah. Cantik pun,” aku tersenyum apabila Aisyah mengacukan cubitannya kepadaku.      
            “Hati-hati,” aku berpesan kepadanya.
“Awak pun. Jangan balik lambat sangat,” dia melambai sebelum berlalu.
            Aku melihat jam di tangan. Hampir ke pukul 2.20.
“Mikhael,” aku tersenyum apabila teringatkan peristiwa pagi tadi. Bagaimana lembut suaranya yang meminta maaf. Ditambah dengan senyumannya tu!Tak mampu aku nak terus untuk tidak menghiraukannya.
            “Lida...”
Aku menoleh ke belakang.
            “Dah nak balik ke?,” Fakri yang berdiri di belakangku bertanya.
“A..tak la. Nak balik..maksud saya dalam 10 minit lagi.”
            “Boleh saya duduk?,” dia sudah pun mengambil tempat Aisyah di sisiku.
Aku mengerlingnya sekali imbas. Namun, pandangan mata Nadirah yang duduk sebaris denganku lebih jelas di pandangan mataku.
            “Kenapa?,” aku terus mengemas buku Matematik Tambahan yang menjadi subjek terakhir pada hari ni.
“Saja..selalu awak balik lewat. Ingatkan nak belajar sama-sama dengan awak,” dia meletakkan sebuah buku rujukan Bahasa Inggeris di atas meja. Buku yang sama seperti dipinjam oleh aku dari perpustakaan.
        “Tadi..saya namapak awak buat latihan tu. Sebab tu saya pun pinjam buku ni. Awak dah ada buku Sejarah?Kalau nak, boleh kita kongsi buku yang saya pinjam tu. Buku baru, mesti lagi lengkap.”
            “Tak apalah Fakri. Saya dah ada. Terima kasih,” aku memasukkan buku latihan Matematik Tambahan ke dalam beg. Wajah Mikhael lebih mengambil tempat di ruang fikiranku sekarang.
            “Dah nak balik ke?.”
Aku mengangguk sambil mengerling Fakri yang berada di sisi kiriku. Aku perasan pandangan Nadirah yang sesekali dilemparkannya ke arah kami berdua.
            “Lida..,” aku membetulkan tali beg yang sudah berada di belakang sebelum menoleh kepada Fakri.
“Terima kasih sebab nasi lemak dengan kuih tu. Saya makan dengan Asyraf. Sedap nasi dengan donat tu,” Fakri menujukkan di belakang, tempatnya dengan Asyraf.
            “Baguslah awak dengan Asyraf suka,” aku tersenyum mengenangkan rezeki yang tak dibazirkan tu.
“Saya balik dulu. Jangan lupa nanti, awak dengan Asyraf kunci pintu,” aku mengingatkan tugasan yang kadang-kala turut menjadi tugasan aku.     
            “Baiklah. Awak hati-hati naik basikal tu,” Fakri mengangguk kepalanya sebelum aku melangkah pergi.

Aku sempat memandang Nadirah yang menjeling. Apa yang tak kena dengannya?

1 comment:

EH, EH..ADA ORANG NAK BAGI KITA KOMEN?YEAYYY!!!