Monday 17 March 2014

DIA...MIKHAEL 8


8
            Aku melihat jam di tangan ketika memberhentikan basikalku di simpang jalan keluar daripada kawasan perumahanku.
“Awal hari ni,” aku mengetap bibir setelah melihat jam yang menunjukkan ke pukul 6.35 pagi.
            Aku melihat jalan yang lengang dan sunyi. Memang aku selesa dengan keadaan seperti ni. Hanya sekali sekala sebuah kereta atau motorsikal yang melalui.
“Baik beli kuih dulu,” aku berpatah semula. Mengayuh basikalku menuju ke kedai Pakcik Mud yang terletak hampir di hujung kawasan perumahan dan hanya diterangi dengan cahaya lilin.
            Dari jauh aku lihat seorang budak lelaki yang duduk bertentangan dengan kedai Pakcik Mud. Dari pakaian seragamnya, budak itu masih bersekolah rendah. Di belakangnya tergalas beg sekolah berwarna biru yang ada gambar kartun. Namun aku tak pasti pula apa kartunnya kerana tempat  di mana budak yang duduk di atas tembok berhampiran dengan longkang tu, agak gelap.
            Aku melihatnya sekali lagi sewaktu aku turun dan menongkatkan basikalku. Dia tersenyum kepadaku.
“Comel budak ni,” aku membalas senyumannya. Mungkin umurnya di dalam lingkungan 9-10 tahun.
            “Awal hari ni?Minggu lepas tak nampak pun muka kamu,” Pakcik Mud yang sedang sibuk memunggah nasi lemak dan kuih muih daripada bakul yang berada di atas meja menegur.
“Minggu lepas saya saja pergi sekolah lambat sikit. Pakcik, nasi lemak Makcik Zabedah ada tak?,” aku menjengah melihat pelbagai jenis kuih muih.
            “Selalu beli donat?,” dia tersenyum.
“Donat pun nak juga. Macam biasa la tapi nasi lemak Makcik Zabedah nak juga sebab hari tu dah rasa. Sedap!,” aku menunjukkan ibu jari kepadanya.
            “Amboi!Nasi nak, kuih nak. Habis ke kamu makan?,” tangannya masih lagi menyusun nasi lemak di dalam pinggan yang hendak diletakkan di atas meja.
“Habis sebab kongsi dengan kawan kat sekolah tu. Dia pun cakap sedap nasi dengan kuih-kuih kat pakcik,” aku mencapai 3 biji donat dan memasukkannya ke dalam beg plastik yang disediakan.
            “Ni..ada nasi lemak Makcik Zabedah tu. Kamu nak lauk apa?Ikan bilis?Ayam?.”
“Yang ikan bilis.”
            Aku menghulurkan 2 keping duit kertas RM1.
“Saya beli ya,” aku menyambut nasi lemak yang dihulurkan oleh Pakcik Mud.
            “Pakcik jual,” dia tersenyum.
“Pakcik, ni 2 bungkus ni,” aku menunjukkan kepada Pakcik Mud beg plastik yang berada di dalam genggamanku.
            “Ya la. 2 bungkus, betul la tu.”
“Kan saya nak satu je?.”
            “Pakcik sedekah. Buat makan dengan kawan kat sekolah tu. Rezeki jangan ditolak,” dia seakan-akan memahami niatku sebaik meletakkan beg plastik itu di atas mejanya.
“Em..baiklah. Terima kasih pakcik. Saya pergi dulu,” aku melangkah mendapatkan semula basikalku.
            “Pakcik, terima kasih!,” sekali lagi aku memanggilnya sebaik mengayuh basikalku.
“Ya la,” dia mengangkat tangannya.
            Aku menjeling kepada tembok yang berhampiran dengan longkang tadi. Ke mana budak tu?Agaknya dah ke sekolah. Wajah budak tadi muncul semula di ruang fikiranku.
“Comel!,” aku tersenyum mengenangkan senyumannya.
            “Kenapa la mak ayah dia tak hantar?,” aku terfikirkan mengenai budak lelaki tadi. Bukankah budak tu terlalu kecil lagi untuk dibiarkan ke sekolah awal-awal begini?Kalau la kemalangan atau kena culik ke?
            “Mungkin dia tunggu mak atau ayah dia tak,” aku membuat andaian sendiri.
Aku mengayuh basikal sambil menikmati angin pagi yang segar.
            “Mikhael,” aku tersenyum sebaik terpandangkan dia yang sedang menanti di seberang jalan setelah hampir separuh perjalananku.
Aku memberhentikan basikal dan menunggunya yang hendak menyeberangi jalan.
            “Awal awak hari ni?,” aku memandangnya.
“Selalu kalau saya awal tak pernah jumpa awak.”
            “Saja saya keluar awal. Saya tahu awak selalu awal sebab tu saya tunggu kat situ tadi,” dia menunjukkan kepada pokok yang sederhana besar di seberang jalan, tempat di mana dia duduk tadi.  Aku melihat lorong jalan yang menuju ke kampungnya. Gelap.
            “Awak tak takut?,” aku terus memerhati jalan yang berlorong tu.
“Takut?Nak takut apa?,” dia tersenyum.
            “Awak pun sama. Tak takut?,” dia bertanya kembali.
“Saya lain la. Tengok..,” aku menunjukkan kepada lampu basikal.
            “Tak la bergelap macam awak tadi kat situ,” aku menujukkan semula kepada pokok yang berada di jalan masuk ke kampungnya itu.
“Macam awak la. Kan awak pun dah biasa keluar awal-awal macam ni. Saya pun kan kadang-kadang dah biasa awal-awal. Kadang-kadang tu lewat. Ikut hari. Jadi apa yang nak ditakutkan. Betul tak?.”
            Aku mengangguk.
“Betul juga. Kalau dah biasa tak kan ada masalah.”
            “Tahu pun,” dia tersenyum.
Aku juga turut tersenyum.
            “Jom la,” dia mula melangkah.
Aku berjalan sambil menyorong basikal. Sesekali aku melirik kepadanya.
            “Mikhael...,” aku sedikit ragu-ragu untuk bertanya mengenai dirinya.
“Kenapa?Tanya je la.”           
            Aku terkejut. Macam mana dia tahu aku nak bertanya kepadanya?
“Muka awak tu. Macam ada benda yang nak tanya,” dia menjelaskan.
            Mikhael ni seakan-akan boleh membaca apa yang sedang aku fikirkan. Kadang-kadang aku jadi malu kepadanya yang seperti begitu memahami diriku.
“Awak..ada berapa adik-beradik?.”
            “4. Saya anak yang sulung,” dia memandangku.
“Kenapa?.”
            “Saja tanya. Saya 3 orang. Pun anak yang sulung,” giliran aku pula memberitahunya.
Ketika kami berdua menjejakkan kaki di dalam kawasan sekolah, keadaan masih lagi sunyi sepi.
            Banyak kelas yang masih lagi bergelap dari yang diterangi cahaya lampu.
“Jom, saya temankan,” dia menunjukkan kepada bangsal yang menjadi tempat menyimpan basikal.
            Dadaku berdebar di saat terpandangkan budak perempuan yang sudah seminggu aku elakkan daripada bertemu.
Budak tu masih lagi duduk mencangkung berhampiran dengan basikalnya yang berwarna merah itu yang diletakkan di hujung bangsal.
            “Mi..Mikhael..awak...,” aku memanggilnya.
Dia yang sedang berdiri tidak jauh daripadaku datang menghampiri.
            “Kenapa ni?,” dia mengerutkan dahinya.
Aku terus melihat budak perempuan itu. Betulkah apa yang aku nampak?Atau apa yang aku nampak ni betul-betul manusia ataupun tidak?
            “Kenapa ni?,” Mikhael bertanya lagi.
“Tu..awak nampak tak?,” aku menunjukkan kepadanya budak perempuan yang sedang duduk membelakangi kami.
            “Nampak tak?,” aku bertanya lagi setelah tidak memperoleh jawapan. Jangan-jangan hanya aku yang dapat melihatnya?
“Ya, saya nampak,” Mikhael tunduk mengunci basikalku.
            “Nah,” dia menghulurkan kunci kepadaku.
“Biarkan dia kat situ,” aku memandang Mikhael.
            “Betul awak nampak?,” aku bertanya untuk mendapatkan kepastian.
Mikhael mengangguk lagi.
            Aku tersenyum. Jadi, bukanlah mataku yang tersilap pandang selama ni. Aku takut seandainya apa yang aku nampak tu sama keadaannya apa yang pernah aku nampak di bilik kaunseling tempoh hari.           
            Biarpun tak mengganggu, tapi apabila aku terkenangkan semula, cukup membuatkan aku seram. Lebih-lebih lagi apabila budak perempuan yang aku nampak di bangsal tu pernah muncul di dalam mimpiku dengan wajahnya yang cukup menakutkan!
             “Biarkan dia. Mungkin dia ada hal,” suara Mikhael membuatkan aku mengalihkan pandanganku yang sedari tadi tertumpu kepada budak perempuan itu.
“Hal?.”
            “Mana la tahu kan. Em..tunggu kawan ke?,” Mikhael membuat andaian.
“Mungkin juga. Dulu pun saya terfikir macam tu sampai la..,” ayatku mati. Malu pula aku nak menceritakan kepadanya mengenai mimpi yang pernah aku alami. Takut punya pasal!
            “Sampai la...,” Mikhael merenungku.
“Mimpi,” aku memandang budak tu sekali lagi. Apa yang dia buat kat situ?Kalau tak kerana mimpi tu, mungkin aku dah pergi menegurnya. Perasaan ingin tahuku selalu timbul apabila terpandangkan dia yang duduk di situ.
            “Mimpi jangan diikutkan. Mainan waktu tidur. Dah, biarkan dia kat situ. Awak pergi kelas,” Mikhael seakan-akan memberikan arahan kepadaku.
            “Ya la, ya la. Orang tahu la,” aku berjalan menuju ke bangunan kelas.
“Tunggu!,” aku menoleh semula ke belakang.
            “Nah. Awak tertinggal tadi. Mujur saya perasan,” Mikhael menghulurkan beg plastik yang berisi donat dan nasi lemak.
“Terlupa!,” aku tersenyum sambil menyambut beg plastik tersebut.
            “Awak nak?,” aku mempelawa.
“Tak payah. Terima kasih. Awak jangan cuai,” dia mengingatkan lagi.
            “Ya la. Terima kasih.”
Aku mengaturkan semula langkah hendak menuju ke kelas.
            Beberapa tapak melangkah, aku menoleh semula ke belakang. Perasaan ingin tahu ku memaksa aku menoleh semula untuk melihat budak perempuan tersebut.
“Pergi kelas!,” Mikhael menguatkan suaranya.
            Ish!Mikhael ni ada lagi dia di situ. Ingatkan dia dah pergi ke kelas. Boleh juga aku lihat budak perempuan tu sekali lagi.
“Ya la!,” aku membalas.
            Aku mencari kunci yang disimpan di dalam poket beg sekolahku.
“Dapat pun,” aku mengeluarkan kunci itu untuk membuka mangga yang dikunci kemas di pintu kelas. Terus aku menekan suis lampu seperti kebiasaannya.
            Sebaik aku meletakkan beg dan beg plastik di tempat dudukku, aku terus berjalan ke belakang untuk mencapai penyapu untuk melakukan tugas aku seperti biasa.
Ketika  menyapu di tempat duduk Aysraf, aku sempat melihat tingkap di situ.
            “Berhabuknya!,” aku geram melihat tingkap yang begitu kotor. Bukan di situ sahaja, tingkap yang berdekatan dengan tempat duduk Amin juga begitu.
            “Siapa yang tak bertugas ni?,” aku berjalan ke depan kelas di mana tertampalnya jadual bertugas di papan kenyataan.
“Buang sampah, Fakri. Sapu, Halida,” aku mula membaca.
            “Cuci tingkap Nadirah dan Mazirah,” aku melihat namanya.
“Hari Jumaat...Aliya dan Fauziah.”
            Kat mana aku nak cari kain ni?Kalau la ada kain, boleh la aku tolong lapkan cermin tingkap yang berhabuk tu.
Aku berjalan menuju ke tempat duduk aku yang bersebelahan dengan Aisyah.
            “Tak ada,” aku sedikit hampa setelah puas aku mencari di dalam laci meja aku dan juga Aisyah.
“Lagipun bukan tugas Aisyah. Buat apa dia nak simpan kain buruk tu,” aku sedia maklum tugas Aisyah yang menyapu seperti juga aku.
            “Budak sebelah!,” aku teringatkan budak perempuan yang begitu asyik membaca buku di dalam kelas 5 K1 tu.
“Agak-agak dia ada tak?,” aku meneruskan kerjaku. Di dalam fikirkan aku berkira-kira untuk meminta daripadanya. Mana la tahu kalau dia ada menyimpan mana-mana kain buruk untuk di buat cuci tingkap?
            Aku melihat jam yang hampir ke pukul 7.
“Lambat pula bas hari ni,” aku memasukkan sampah ke dalam bakul sampah.
            Aku mengangkat bakul sampah yang separuh penuh untuk dibawa ke hujung bangunan, tempat di mana adanya tong sampah.
“Boleh la tanya dia,” aku tersenyum.
            Aku melihat kelas 5 K1 yang masih bergelap.
“Selalu ada budak tu,” aku sedikit hampa. Nampaknya tak dapat la aku nak menolong mereka membersihkan tingkap.
            Aku berlalu ke hujung bangunan. Aku menuangkan segala sampah yang ada ke dalam tong sampah yang sederhana besar tu.
Aku berjalan semula menuju ke kelas. Sekali lagi aku melihat kelas 5 K1 sewaktu aku melaluinya.
            Budak perempuan itu sudah ada di tempat duduknya. Seperti biasa, asyik mengadapkan pandangannya kepada buku di atas yang dipegang dengan kedua-dua tangannya.
            “Awak...,” aku memanggilnya melalui tingkap yang terbuka.
Dia masih leka membaca. Agaknya tak dengar suara aku.
“Awak..,” aku menguatkan suara kali ini. Biar dia dapat mendengar.
            Dia masih lagi asyik membaca. Khusyuk sangat dia dengan bukunya sampaikan tak dengar aku yang memanggilnya.
            “Awak!,” aku sedikit menjerit. Tak kan la dia tak dapat mendengar suara aku yang kuat kali ni?
Aku teringatkan bagaimana reaksinya ketika kali terakhir aku melihat dirinya di dalam kelas hampir 2 minggu yang lepas setelah aku asyik datang awal ke sekolah.
            Buku yang dipegangnya dihempas ke meja. Aku terkejut.
Agaknya dia tak nak diganggu pagi-pagi ni?Reaksinya sama seperti tempoh hari.
            “S..saya...nak pinjam..,” aku memandangnya yang terus menundukkan muka.
Satu lampu yang hanya menerangi kelasnya tiba-tiba membuatkan aku berasa seram.
            “Ta..tak apa la,” aku berjalan pantas menuju ke kelas.
Jantungku berdetak kencang. Sedikit peluh di dahi aku seka dengan tangan.
            Aku pelik dengan sikap budak tu. Seakan-akan marah. Salahkah aku memanggilnya?
Bukannya niat aku nak menganggu dia dengan aktivitinya. Mana la tahu kalau dia pun akan memerlukan pertolonganku satu hari nanti?
            Aku berjalan ke belakang kelas untuk meletakkan bakul sampah di tempatnya, di satu sudut kelas berhampiran dengan pintu belakang.
Kenapa budak perempuan itu tidak menoleh apabila aku memanggilnya?Kalau la dia tak mendengar untuk kali yang pertama dan kedua, itu mungkin juga dan aku boleh menerimanya.
            Mustahil untuk kali yang ketiga aku memanggilnya, dia masih lagi tak mendengar.
“Biarlah,” aku melangkah ke tempatku semula.
            Langkah yang diaturkan terhenti apabila dinding kelas yang berada di belakangku seakan-akan dihentak dari bilik sebelah. Tak kan la budak tu marah lagi?
            Aku berpusing untuk melihat.
“Tak ada apa-apa pun,” aku memerhati dinding tersebut. Agaknya aku yang tersalah dengar?
            Tak lama selepas itu, bunyi yang sama berulang semula. Kali ni lebih kuat dari yang tadi.
“Tak kan la dia tumbuk dinding tu?,” aku berpusing semula. Bunyi di dinding kelas aku yang berjiran dengan kelas 5 K1 tu seakan-akan dihentak dengan sesuatu.
            “Biarlah. Agaknya dia marah,” aku menuju ke tempat dudukku.
“Tak kan yang tu pun nak marah?,” aku menyimpan nasi lemak di dalam laci.
            Aku melangkah keluar kelas untuk menunggu Aisyah.
Saat mataku melihat tingkap kelas yang berhampiran dengan pintu masuk, aku bagaikan tak percaya.
“Bersihnya!,” aku memandang hujung jari telunjukku yang bersih daripada sebarang habuk setelah dicalitkan ke cermin tingkap.
Kalau di rumah pada minggu lepas, aku buat senarai tugasan yang perlu aku lakukan dan semuanya dibantu oleh sesuatu yang tak pernah aku kenali tapi pada pagi ni, sekali lagi dia menolong. Biarpun aku hanya berniat di dalam hati saja tadi.
            “Macam-macam!,” aku masih lagi memikirkan perkara-perkara pelik yang aku alami kalau aku datang ke sekolah di awal hari.
 







2 comments:

EH, EH..ADA ORANG NAK BAGI KITA KOMEN?YEAYYY!!!