Wednesday 26 February 2014

ANAK KEDUA




Apa ni, apa ni?!Mana adil!Abang tu kan dah besar..arghh!Ini boleh mendatangkan kemarahan!!! Huhu..geram pula bila tengok pic ni(diambil secara random dari GOOGLE)..dengan muka abang tu yang tersengih dapat pacifier tu..tengok si adik, cian dia...Betul ke anak kedua selalu terpinggir?Hmm..Jom baca beberapa karekter yang diambil dari google juga..

Antara sifat anak kedua
Positif
- fleksibel
- pandai bawa diri
FOR ME: kedua2 sifat ni mungkin dah terpupuk dari kecik kut..kalau anak sulung sebelum dapat adik2 yang lain, mak ayah yang jaga semuanya kan, kan?Tapi masuk je anak kedua, kalau ikut kajian dan logiknya pun, si ibu dah tak kalut2 sangat bab preparation ni..nak2 pula kalau confirm anak kedua tu sama jantina dengan yang 1st, pakai je la baju2 yang lama tu, huh!Sentap habis!Uiks, ada kaitan ke dengan sifat ni?Hehe..So, anak kedua bila dilahirkan dan rasa terpinggir, of coz korang kena pandai2 bawa diri kan. kena tau nak adjust diri tu kat mana2 situation, terpinggir la katakan, huhu..

- lebih berdikari
- kepercayaan dan keyakinan yang tinggi
FOR ME: hah, ni la yang nak kaitkan tadi tu..bila ibu mengandung dan yakin, secara psikologinya, benda ni pun sampai kat si anak yang dikandung tu. 'saya harap, apa yang saya dengar dia pun dengar', hehe..dah macam iklan tu pula kan?So, kalau dah dalam perut pun confidence, apa lagi bila dah tengok doooniaa ini..uuwweeii!Tak de bendalah!!!

- boleh menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi
FOR ME:ni rasanya sama macam yang tadi juga. bila pandai bawa diri mestilah tahu nak sesuaikan diri, tak gitu?

- pentingkan kekeluargaan
- bertanggungjawab
FOR ME: secara peribadinya, yup!Apa2 pun, mesti utaman keluarga. kalau parents tak bagi restu, nak buat tu macam tak sedap je. kalau adik2 tengah sesak@kering, akak akn berkorban. biar tak dapat beg LV tu, asalkan adik makan ayam tiap2 hari kat sana nu..huhu;-P

Neutral
- perangai unik/pelek dari adik beradik lain
FOR ME: Hmm..apa yang pelik, apa?Kenapa selalu nak cakap yang anak kedua ni pelik?Pelik kat mana?Ada yang cakap, anak kedua ni nak spotlight tu all d time. Pembetulan ye, bukan kitaorang yang nak, tapi kalau dah unik secara semula jadi nak buat macam mana?Hahaha..cth:Yang sulung nak Phone Samsung, then of coz la anak kedua tak mau phone dari yang sama, okehh??Jangan di tanya kenapa tapi apa yang pasti, NALURI anak kedua tak kan benarkan kitaorang SAMA dengan yang 1st tu, hehehe...

- boleh baca emosi/perangai/keadaan seseorang 
FOR ME:mungkin la kut..anak kedua ni bukannya tukang tilik ke ahli nujum ke apa..tapi mungkin bila dah banyak bergaul so luaslah pengalaman. secara tak langsung, bolehlah tahu n baca sikit2 perangai orang tu jenis yang  macam mana. jenis yang 'anak sulung' ke apa, hahaa...

- survivor
FOR ME: untuk orang lain tak tahu la..tapi unt diri sendiri ni, sepanjang bergelar student di UITM dulu tu, tak pernah walau sekalipun diri ini call minta duit kat mak ayah tau...not even once!And not even 1 sen yang keluar dari poket ayahandaku untuk sesi pengajian hamba..Hamba settle kan sendiri segala yuran dan anak2 yuran, hehe..bangga?Mestilah!Kalau anak2 yang lain, sulung ke bongsu ke, mesti pernah call minta duit kat mak ayah. bukannya tahu nak berdikari, buueeekk!

Negatif
- mudah/cepat terasa/sensitif
FOR ME: ada betul juga. mestilah sentap oi kalau berlaku ketidak adilan. cth:Time abang study, ada komputer. bila kak ngah@bang ngah study, nak pakai komputer tu, anak yang sulung tu still nak guna. oh, really?Fine. kumpul duit beli laptop sendiri, sentap tak sentap?Dik ngah guna duit sendiri tuuu...heheh..

- rasa tersisih dan terabai
FOR ME: maunya rasa tak terabai, kalau apa yang kita nak @ cakap, tak pernah di dengari. cuba anak sulung yang cakap?Oh, yeah!Betul cakap bang long@kak long tu kan..dengar tu adik2 yang lain?Anak contoh la katakan, huhu..

- mudah mengalah
FOR ME: mudah mengalah dengan adik2 je..dengan kawan2 tu depend on d situation k..hikhik..

- degil/keras kepala tapi masih terkawal
FOR ME:Yang ni rasanya 200% kut, hahah..kalau dah tak nak tu janganlah di paksa2 ya tak?Tak suka, tak suka..suruh je la anak sulung tu(ayat sentap)...huhu..

- suka buli adik lebih kecil
FOR ME: NEVER!Tak pernah pun..tak tau la kalau dalam kedaan tak sedar?Haha..buli tak ya, tapi tolong ada..biar tak dapat beg LV tu..eh!Dah sebut kan?

- pendiam
FOR ME: Memang setujuuuu sangat!

- lebih suka buat kerja sendiri dari berkumpulan
FOR ME:Memang, memang..bayangkan kalau dalam kumpulan tu ada yang macam anak sulung(gila kuasa), maunya diri ini bertukar jadi Hulk!Sikap bossy tidak diterima pakai ya oleh anak2 kedua. mengingatkan kepada sejarah hitam, kihkih...

- suka pendam perasaan
FOR ME:Depends..kalau bercakap pun tak ada guna, lebih baik pendamkan je, tak gitu?Jimat tenaga;-P

- sukar untuk difahami
FOR ME: Dah orang yang tak nak paham kita, kan?Lalalala....

- suka menyendiri
FOR ME: Yup!Tu.. baca my profile..kadang2 memang suka menyendiri. aman gitu!

- pentingkan orang lain dari diri sendiri
FOR ME:Kalau dah sayangkan orang tu, kenapa tak?Keluarga dan juga kawan2..hanya mereka yang tak paham.cedih!, huhu..

- suka tarik perhatian
FOR ME:Mana ada, mana ada!Tuduh je..walaupun kadang2 suka nak bangkang idea mak ayah, hahaha..


Ya, saya anak kedua;-) korang?Dari segi kerjaya, memang ada betulnya. saya tak suka nak terikat dengan waktu kerja 8-4 or 9-5.. memang dulu pernah dapat kerja as Pembantu Undang2 kat Mahkamah Georgetown tapi bila ada masalah nak cari rumah sewa at that time, terus saya tolak. bila dipikir2 kan balik, mungkin akan ada yang kata, kalau nak tu seribu daya, tak nak tu seribu dalih pulak..betul, memang betul.cuba kalau saya nak, mesti saya akan betul2 berusaha kan tapi bila dipikirkan balik, nak kena punch card sampai umo 50 tahun, tak pe la;-P hehe..and now, saya pilih untuk buat benda yang saya suka, MENULIS. biarpun income bukannya setiap bulan, tapi hidupku bahagia dong!Hehe..tata!

Saturday 22 February 2014

ISTERI AKU SLEEPING UGLY?! 26



            “Wah!Ada kuah masak lemak la..terbaik la makcik,” Rayyan menegakkan ibu jarinya kepada Makcik Bibah yang sedang menyendukkan nasi ke dalam pinggan babahnya.
            Makcik Bibah yang setia melakukan tugasannya semakin melebar senyumannya apabila mendengar pujian daripada anak majikannya itu.
            “Duduklah sini makcik. Kita makan sama-sama,” pelawa Rayyan sambil menunjukkan kerusi di sisinya yang masih lagi kosong.
            “Tak pe la. Kat dapur je. Lagipun pakcik kamu tu dah tunggu makcik kat belakang sana tu.”
            “Duduk je la Kak Bibah. Ajak Abang Husin tu sekali. Bukan senang kita nak dapat peluang untuk semuanya berkumpul macam malam ni,” tingkah Tan Sri Rashid sambil mengerling ke arah isterinya dan Shasha yang turut berada di situ.
            Puan Sri Harlina memberikan senyuman manis kepada suaminya apabila pandangan mereka bersatu. Dari suami, anak matanya mula mengarah ke arah Makcik Bibah yang sedang menyendukkan nasi ke dalam pinggan anak tirinya. Orang gajinya itu turut memandang ke arahnya.
            “Betul cakap babah tu makcik. Ajak pakcik sekali. Dah lama kita tak makan sama-sama. Hmm...kali terakhir waktu saya nak pergi US dulu tu kan?Malam tu pun makcik masakkan kuah masak lemak ikan juga. Perghh!Sampai termimpi-mimpi saya kat sana idamkan nak makan kuah masak lemak macam tu tapi mana nak dapat kan. Tak sama dengan air tangan makcik,” Rayyan mengenyitkan matanya kepada Makcik Bibah.
            Makcik Bibah cuma tersenyum. Matanya yang sesekali mengerling kepada Puan Sri Harlina, sudah boleh menterjemahkan isyarat yang diberikan cik puannya itu sejak tadi. Bukannya dia tidak nampak bagaimana Puan Sri Harlina menunjuk ke arah dapur dengan anak matanya tadi.
            “Tak pe la Rayyan. Makcik makan kat dapur je. Sini ke dapur ke, sama je kan?Lagipun pakcik kamu dah tunggu tu. Makanlah ya..Tuan, Puan, saya ke belakang dulu ya,” tutur Makcik Bibah sebelum berlalu.
            “La..makcik,” Rayyan mula memanggil.
            Tan Sri Rashid turut menoleh ke arah Makcik Bibah yang mula melangkah ke arah dapur. Baru sahaja dia hendak membuka mulut, lengannya sudah terlebih dahulu disentuh oleh Puan Sri Harlina.
            “Biarlah bang..kan tadi dia cakap Abang Husin dah tunggu dia kat dapur. Biarlah. Lagipun mestilah dia orang suami isteri pun ada hal nak dibincangkan. Ada benda yang nak diceritakan setelah seharian tak berjumpa, ya tak?.”
            Rayyan yang memerhati tingkah ibu tirinya itu mula menjeling. Huh!Plastik betul kedua-dua orang wanita yang sedang duduk bertentang dengannya sekarang.
            “Er..makanlah Rayyan. Mungkin lain kali kita boleh makan sama-sama dengan makcik dan pakcik kamu tu,” ucap Tan Sri Rashid apabila memerhati riak wajah kelat Rayyan yang terpamer kini.
            Rayyan membatukan diri. Kalau tak kerana menghormati babahnya sekarang, sudah lama dia ingin mengangkat pinggan nasinya dan berlalu ke dapur. Makan bersama-sama dengan Makcik Bibah dan Pakcik Husin lagi best tau!
            “Hah Shasha..sendukkan kuah masak lemak tu. Ikan tu..,” Puan Sri Harlina mula membuka mulut. Di bawah meja, tangannya menampar peha anak saudaranya itu isyarat kepada rancangan yang sudah dibincangkan oleh mereka berdua pada petang tadi.
            “No need!.” Rayyan terlebih dahulu mencapai mangkuk yang berisi kuah kegemarannya itu. Beberapa sudu kuah dan seekor ikan kembung diletakkan ke dalam pingganya sebelum mangkuk itu diletakkan semula ke atas meja.
            “Air!,” bisik Puan Sri Harlina kepada Shasha yang kaku seketika apabila menerima respons sebegitu daripada Rayyan.
            Rayyan yang mengerling tindak tanduk Shasha tidak mengendahkan. Nasi mula disuap ke dalam mulut. Apa yang dia tahu sekarang, makan malamnya ingin segera dihabiskan supaya dapat meninggalkan meja makan itu.
            “Air, Rayyan..er..you tahu ada satu restoran ni tau..,” Shasha memulakan perbualan sebaik sebiji gelas yang berisi air oren diletakkan di sisi lelaki itu.
            Tan Sri Rashid mengerling kepada Shasha dan isterinya silih berganti. Apa lagi yang sedang dirancangkan oleh kedua beranak itu?Nasi yang berada di dalam mulut dikunyah perlahan-lahan sambil ekor matanya  berpindah pula memandang Rayyan yang terus menikmati makan malamnya tanpa sebarang suara.
            “Restoran ni memang best sangat!You kan suka masak lemak jadi nanti, apa kata kalau I bawa you pergi restoran tu, macam mana?Memang sedap tau makanan-makanan kat situ. Rugi kalau you tak cuba,” terang Shasha beria-ia.
            Rayyan meneruskan suapan tanpa memberikan sebarang respons. Malas!Malas hendak melayan karenah Shasha yang satu itu. Daripada hendak berbual dengan gadis yang tak pernah jemu mengganggunya itu, lebih baik dia berbual dengan makcik kopi. Kejap!Makcik kopi?Hari ini tidak pula dia terserempak dengan makcik itu. Kalau terjumpa di dalam lif ke macam hari itu, boleh juga dia meminta secawan kopi lagi, hehe..
            “Rayyan...” Suara Tan Sri Rashid mula meleret memanggil anak terunanya yang sedang tersengih sendirian. Jangan-jangan anaknya itu bersetuju untuk pergi ke restoran yang dikatakan oleh Shasha sebentar tadi?
            “Rayyan!,” Puan Sri Harlina mula membentak. Ish!Apalah yang berada di dalam kepala anak tirinya itu?Orang sibuk bercakap dengan dia tapi dia?Tersengih macam kerang busuk!
            Rayyan yang tersentak mula berdehem. Dia terpinga-pinga apabila menyedari semua anak mata yang berada di meja makan itu sedang merenung kepadanya. Tangannya mula mencapai gelas air untuk membasahkan tekak.
            “Apa yang Rayyan fikirkan?Tak kan la kalau pasal kerja sampai tersenyum macam tu sekali,” tegur Tan Sri Rashid setelah melihat anaknya mula meletakkan kembali gelas ke atas meja.
            “Er..tak la babah. Mana ada apa-apa,” tutur Rayyan berbohong. Matanya mula mengerling ke arah ibu tirinya yang sudah menarik muka. Si Shasha itu pula masih lagi merenung kepadanya dengan riak wajah yang berkerut. Kalaulah kedua wanita ini tidak berada di sini, mahu saja dia bercerita kepada babahnya perihal makcik kopi itu. Agaknya, mesti babahnya sendiri akan terkejut kalau dapat tahu yang makcik itu sebenarnya staf di syarikat majalah fesyen Fabuloustar.
            “Ai..tak ada apa-apa tapi tersenyum lebar sampai macam tu?Pelik ni..,” Tan Sri Rashid mula menatap raut wajah anak lelakinya itu.
            Rayyan cuma tersenyum terus. Malu pun ada!Suapan diteruskan. Wajah Puteri yang tiba-tiba muncul di ruang benak, membuatkan Rayyan kembali membuka mulut. Dia ingin meluahkan hasratnya yang satu itu dan meminta pandangan babahnya.
            “Er..babah, babah ingat tak Put?.”
            Tan Sri Rashid yang masih lagi mengunyah hanya menganggukkan kepalanya perlahan. Rayyan yang memerhati kembali tersenyum. Puan Sri Harlina yang mendengar mula memandang dua beranak itu silih berganti.
            “Aunty!,” desis Shasha sambil menyiku lengan ibu saudaranya itu.
            “Kenapa dengan Puteri?Dia ada masalah ke?.” Tan Sri Rashid bersuara kemudiannya sambil memandang kepada Rayyan.
            “Bukanlah bah. Er..Rayyan ingat Rayyan nak...”
            “Abang...” Meleret suara Puan Sri Harlina memanggil suaminya. Sekaligus mematikan kata-kata yang ingin disampaikan oleh Rayyan kepada babahnya. Jejaka itu merenung geram kepada emak tirinya itu. Kenapa dari dulu lagi wanita itu selalu sahaja ingin muncul di antara dirinya dengan babah?Ada-ada saja perangai yang dibuat agar dia mendapat perhatian yang diinginkan dari babah. Huh!Such attention seeker!
            “Kejap Lina..apa tadi yang Rayyan nak cakap?Rayyan nak apa?,” Tan Sri Rashid mula mengalihkan perhatian kepada anak terunanya yang satu itu biarpuan lengannya sudah dipegang oleh si isteri. Bukan dia tak nampak raut wajah Rayyan yang mulai kelat gara-gara perangai ibu tirinya itu dan sekarang dia ingin berlaku adil. Bukankah anaknya itu yang terlebih dahulu bercakap dengannya tadi?
            Rayyann mulai tersenyum sebelum membuka mulut.
            “Tadi tu Rayyan nak cakap yang Rayyan ingat Rayyan nak...”
“Abang!Abang ni kan kalau saya nak cakap sikit pun bukannya abang nak dengar. Hal yang saya nak cakap ni penting. Hal ni melibatkan Shasha. Hari tu abang juga yang suruh saya fikirkan pasal masa depan Shasha ni kan?,” Puan Sri Harlina terus meluahkan isi hatinya. Dia mengerling sekilas kepada suaminya sebelum mencapai gelas.
            Ah!Biarkan. Walaupun dia terpaksa meninggikan suara tadi kepada suaminya untuk mengganggu urusan dua beranak itu, dia sudah tidak peduli lagi. Apa yang dia tahu, urusan Shasha mesti didengari terlebih dahulu. Bukannya dia tidak boleh mengagak apa yang ingin dimaklumkan oleh anak tirinya yang satu itu. Huh!Ada hati nak cabar aku?No way!
            Tan Sri Rashid mengambil nafas. Cuba untuk bersabar dengan tingkah isterinya. Matanya memandang kepada Rayyan yang sedang merenung kepada emak tirinya itu.
            “That’s okay babah. Nanti pun kita boleh bincang lagi pasal hal tadi. Rayyan naik dulu la,” tutur Rayyan mengalah.
            Tan Sri Rashid menjeling ke arah pinggan anaknya itu. Masih berbaki lagi makanan di situ tapi dia tahu mungkin dengan membiarkan Rayyan membawa diri ke bilik adalah tindakan yang lebih elok buat masa ini.
            “No. Rayyan pun kena tunggu di sini. Kena dengar apa yang aunty nak cakap,” tegah Puan Sri Harlina apabila melihat Rayyan yang sudah bangun.
            Rayyan tersenyum sinis.
“Kena dengar?Since when?And by the way, tadi aunty cakap nak bincangkan hal Shasha ni kan?,” Rayyan mula menunjuk ke arah Shasha dengan dagu. Gadis itu hanya mendiamkan diri sedari tadi.
            “So apa kena mengena dengan Rayyan?Nothing!,” Rayyan menggeleng-gelengkan kepalanya.
            “Hal apa ni Lina sampai awak tak sabar-sabar sangat?.” Suara Tan Sri Rashid mula kedengaran. Matanya menyusuri sosok tubuh Rayyan yang sedang meninggalkan meja makan.
            “Saya nak kita khawinkan Shasha dengan Rayyan.”
Suara ibu tirinya yang didengari mematikan langkah Rayyan secara automatik. Matanya sedikit terjegil. Sedikit je tau! Perempuan ni memang dah lebih ni!Tanpa bertangguh, dia mula melakukan pusingan 180 darjah mengadap semula ke arah meja makan yang berada di belakanganya.
            Rayyan memerhati babahnya yang turut terkejut seperti dirinya. Dari babah, pandangan matanya jatuh pula kepada ibu tirinya dan Shasha silih berganti. Anak saudara ibu tirinya masih lagi diam tidak berkutik.
            Puan Sri Harlina menjeling kepada Rayyan sebelum membuka mulut. Apa?Dia ingat aku takut sangat bila dia renung macam tu?Boleh jalanlah!Apa yang penting tujuannya yang satu itu mesti mendapat persetujuan daripada Tan Sri Rashid. Sehingga kini, belum pernah sekalipun suaminya itu membantah mana-mana hasratnya tau!
            “Hari tu abang sendiri yang nak agar saya lebih menitik beratkan masa depan Shasha ni kan?Dan saya rasa...”
            “Tapi bukan bermaksud dengan khawinkan dia dengan Rayyan..,” tukas Tan Sri Rashid. Kepalanya mula dirasakan berat. Hal urusan bisnesnya sendiri pun tidak membuatkan dia terasa sesak sebegini.
            “Saya tahu tapi siapa lagi lelaki yang lebih baik dan layak dari Rayyan?Hmm?Hanya Rayyan yang boleh bimbing Shasha ni. Kan Shasha?Shasha sudi kan terima Rayyan?.” Puan Sri Harlina mula memaut bahu anak saudaranya itu.
            Rayyan yang menyaksikan drama kedua beranak itu mula mengepal buku lima. Kalau sahaja kedua wanita itu adalah lelaki, sudah lama dia bertukar jadi Mike Tyson dan menghadiahkan tumbukan KO buat kedua-dua mereka. Biar koma terus lagi senang!  
            Rayyan mula menapak semula ke arah meja makan. Menyampah rasanya apabila melihat Shasha yang bagaikan tersipu-sipu malu itu. Malulah sangat kan?
            Melihatkan Rayyan yang mula kembali ke meja makan, Tan Sri Rashid mula meluahkan pendapatnya.
            “Macam ni la. Kalau Rayyan sendiri setuju, saya pun tak ada apa-apa halangan. Daripada nak mencari calon kat luar yang kita sendiri tak kenal, tak tahu asal usulnya, sekurang-kurangnya Shasha ni saya dah kenal. Dah tahu macam mana perangainya. Kalau Rayyan setuju, saya ikut saja.”
            Wajah Puan Sri Harlina mula berbunga ceria. Tangan suaminya mula diraih.
“Betul ke ni bang?Er..abang tak ada bantahan kalau kita jodohkan mereka berdua?Betul?.”
            Tan Sri Rashid menganggukkan kepalanya. Dia mengerling kepada anak terunanya itu.
            “Rayyan?Macam mana?.”
Belum pun sempat Rayyan ingin menyahut panggilan ayahnya, ibu tirinya terlebih dahulu membuka mulut.
            “Abang ni.. macamlah tak tahu, tak kenal si Rayyan ni. Dia kan anak yang baik. Mesti dia setuju punyalah. Lagipun, tak kanlah dia tak nampak babahnya sendiri pun happy dengan berita ni, kan Rayyan?Tak kanlah dia sanggup nak kecewakan babahnya. Iya kan?.”
             Rayyan merenung ibu tirinya yang lancar berkata-kata itu. Nampaknya perangai ibu tirinya masih lagi sama. Tiada apa yang berubah. Masih lagi menggunakan perang psikologi kepadanya dengan ‘menjual’ nama babahnya. Kalau dahulu, ya, memang dia akan akur dengan kehendak ibu tirinya setiap kali nama babah dibabitkan bersama tapi sekarang, minta maaf okay!
            “So, Shasha..,” Rayyan mula memandang kepada gadis itu yang melemparkan senyuman kepadanya.
            “Betul you sanggup terima I?.”
Puan Sri Harlina menepuk lutut anak saudaranya itu di bawah meja.
            “Mestilah!Of course I sanggup and I akan berusaha jadi isteri yang terbaik buat you. Dunia dan akhirat!,” sahut Shasha yang sedari tadi mendiamkan diri. Kini, dia sudah menerima signal dari ibu tirinya untuk memulakan sesi lakonannya di depan Tan Sri Rashid dan yang paling penting di depan Rayyan.
            “Oh!I see..dunia dan akhirat?,” Rayyan melepaskan lagi soalannya. Dia yang sedang menongkat dagu di salah sebuah kerusi yang bertentangan dengan Shasha mula menjongketkan kening kepada gadis itu.
            “Emm..dunia dan akhirat,” balas Shasha yakin sambil menganggukkan kepalanya. Dia menoleh ke arah ibu saudaranya yang mengukirkan senyuman berpuas hati dengan hasil lakonannya setakat ini. Tan Sri Rashid pula sengaja mendiamkan diri. Ingin memberikan peluang buat kedua-dua anak muda itu berbicara mengenai masa depan yang bakal dicorakkan bersama.
            “So, maksudnya er..I mean let me make it clear for both of us. Kalau you sanggup jadi isteri I, mesti you sanggup dengar cakap I kan?Betul?.”
            Belum pun sempat Shasha ingin menjawab, Puan Sri Harlina terus membuka mulut terlebih dahulu.
            “Of  course Rayyan. Mesti si Shasha ni akan dengar semua cakap Rayyan, kan sayang?.”
            “Ya la. Mestilah I akan buat semua tu untuk you. No doubt,” tutur Shasha dengan penuh keyakinan. Dia mula menggaru leher. Ei!Banyak betul soalan. Tak sukalah!Macam nak ambil peperiksaan la pula. Bukan ke nak berkhawin ni kena seronok-seronok?Bukan nak kena stress macam ni!Ish!
            “Jadi, kalau sekarang ni I nak you tinggalkan kerja you sebagai model dan duduk rumah jaga makan minum I, jaga makan pakai I, will you, Miss Shasha do that for me?Hmm?,” Rayyan melepaskan soalannya sambil tersenyum sebaris. Habis kau Rayyan kalau dia jawab ya!Arghh!Kau dah pasang perangkap kau sendiri. Tak, tak..aku kenal si Shasha ni. Tengoklah muka dia tu dah cuak semacam.
            Shasha yang tidak menjangkakan soalan itu mula menelan air liur. Tinggalkan dunia model aku yang best tu dan duduk rumah jaga makan pakai dia?What the...ei!Apa?Ingat aku ni orang gaji dia?
            “Mestilah Rayyan.  Lagipun Shasha...”
“Aunty, saya nak dengar jawapan daripada Shasha. Bukannya aunty. Saya nak berkahwin dengan dia bukannya dengan aunty, so please untuk kali ini, biar dia yang jawab. So Shasha, answer me..will you do that for me or not?.”
            Nada serius Rayyan yang kedengaran terus membuatkan Shasha semakin gelabah. Sudahlah di bawah meja, emak saudaranya itu sudah mula menepuk pehanya agar dia mengiyakan pertanyaan Rayyan itu.
            Rayyan menganggukkan kepalanya biarpun soalannya belum berjawab.
“Macam tu yang tadi you cakap er..apa?Oh ya!No doubt?Ini sebelum berkhawin kalau lepas berkhawin?.”
            “Er..semua ni kan boleh dibawa berbincang Rayyan,” tukas Puan Sri Harlina ingin menyelamatkan keadaan. Dia mula menjeling geram kepada Shasha yang terus kelu.
            “Bila?Lepas berkhawin?Kalau dah sebelum berkhawin pun macam inilah perangainya, tak kan selepas berkhawin dia sanggup pula nak dengar cakap Rayyan?.”
            “Aunty yakin mesti Shasha akan dengar punya cakap Rayyan, kan Shasha?Betul tak?.” Puan Sri Harlina yang geram mula melayangkan cubitan di peha anak saudaranya itu di bawah meja.
            “Aduh!Sakitlah aunty!,” Shasha mula menyeringai. Tangan kanannya menggosok-gosok peha yang terasa berbisa akibat digetus oleh emak saudaranya itu.
            Rayyan menoleh ke arah Shasha.
“Betul you sanggup tinggalkan kerjaya you lepas kita berkhawin?Well, kalau betul you sanggup, kalau kita berkhawin sekarang pun I tak kisah.” Perghh!Cayalah kau Rayyan. Apa?Ingat dia orang je yang tahu berlakon?Macamlah aku tak tahu si Shasha ni. Bertuah sangatlah kalau dia sanggup duduk  rumah dan tak keluar bekerja.
            Puan Sri Harlina dah ternganga. Kali ini, bukan sedikit tapi dah betul-betul punya ternganga ni!Pucuk dicita ulam yang mendatang. Ah!Tak payah nak berperibahasa sangatlah. Si Rayyan ni dah setuju tapi si Shasha ni la pula yang macam tak tahu nak hargai peluang. Susah payah aku nak aturkan semua ni untuk dia, isy!
            “Shasha sanggupkan berhenti kerja lepas khawin?Lagipun Rayyan ni mampu nak sara Shasha. Tengok..apa yang tak ada dalam rumah ni?Semuanya ada. Kalau ada apa yang tak cukup, cakap je. Mesti Rayyan boleh tambahkan yang baru, kan Rayyan?,” Puan Sri Harlina tersenyum lebar ketika menoleh ke arah anak tirinya yang itu.
            Tan Sri Rashid yang terus membatukan diri ikut memandang ke arah anak lelakinya itu. Kelihatan Rayyan mengangguk-anggukkan kepalanya.
            “Betul tapi Rayyan nak dia berhenti kerja. How about that?.”
Jam di pergelangan tangan dikerling sekilas. Shasha bingkas bangun. Lagi lama dia duduk di kerusi itu, terasa semakin panas punggungnya.
            “No, I tak kan berhenti. I’m sorry Rayyan. I bukannya jenis perempuan yang macam tu. Kalau you nak perempuan yang boleh duduk kat rumah, goyang kaki tak buat apa-apa, then you better find someone else,” tutur Shasha sebelum berlalu pergi meninggalkan meja makan.
            Fuh!Selamat, selamat. Kalaulah dia cakap ‘ya’ tadi, memang matilah aku. Nak khawin sekarang dengan dia?Kirim salam je la!
            “Sha..Shasha!,” Puan Sri Harlina turut terbangun apabila melihat reaksi anak saudaranya itu. Bodoh!Peluang sudah ada di depan mata. Sudah ada pun lelaki yang mampu menanggung dirinya untuk seumur hidup tapi kenapa Shasha itu masih lagi sanggup menolak?Memang bodohlah!
            Puan Sri Harlina cuba menahan kesabaran dengan tingkah anak saudaranya itu. Dia mengerling kepada suami dan anak tirinya silih berganti.
            “Er..Rayyan..er..nanti..nanti aunty cakap dengan dia. Bukannya Rayyan tak...”
Belum pun habis ingin bercakap, kelihatan sosok tubuh Shasha yang sedang berlalu menuju ke pintu utama rumah dengan clutch di tangan. Puan Sri Harlina kelu. Hilang baris-baris ayat yang ingin dituturkan di depan Rayyan dan suaminya.
            “Babah, Rayyan fikir since hubungan Rayyan dengan Sha tak menjadi, Rayyan nak propose Puteri. So what do you think?.”
            Tan Sri Rashid tersenyum sambil menganggukkan kepalanya. Pandai juga anak tunggalnya ini berlakon tadi.
            “Abang!.” Puan Sri Harlina sudah menjerit. Ei!Yang si Shasha ni pun satu. Kita sibuk nak bincangkan soal perkhawinan dia, boleh pula dia nak merayap lagi malam-malam macam ni.
            “Thanks babah!.” Rayyan tersenyum sebelum berlalu. Bukannya susah pun nak berhadapan dengan ibu tirinya itu. Just keep playing along dan bila tiba masa yang sesuai, kick her out!Ada hati nak aturkan hidup aku?Just who she think she is?Not my real mother okay!

 

Friday 21 February 2014

SEANDAINYA MEREKA BERBICARA...



Sebagai seorang insan
Aku selalu berfikir akan kejadian
Ciptaan Dia seperti keajaiban
Selalu membuatkan aku berasa hairan…
Aku sering tertanya-tanya
Apa yang mungkin akan terjadi
Seandainya mereka berbicara
Mungkin aku lebih menginsafi
Seandainya bulan berbicara
Mungkin ia akan berkata
Mengapa sekarang semakin ramai manusia
Sering kufur dengan nikmat-Nya
Tidak takutkah dengan dosa?
Melihat bulan dapat berkata
Mungkin bintang-bintang juga ingin bersuara
Seandainya bintang-bintang berbicara
Mungkin mereka akan bertanya
Betulkah apa yang dikatakan bulan?
Manusia tidak bersyukur kepada Tuhan?
Tidakkah mereka tahu asal kejadian?
Dari Tuhan akan pulang kepada Tuhan?
Apabila malam berganti siang
Datangnya matahari yang bersinar terang
Bukti Allah yang mempunyai kekuasaan
Di dunia ini tiada tandingan
Seandainya bulan dan bintang telah berkata
Pastinya matahari juga memohon izin-Nya
Dia juga ingin meluahkan rasa
Apa yang dilihatnya biarpun tidak mempunyai mata…
Seandainya matahari berbicara
Memang ternyata semakin ramai manusia
Terang-terangan melakukan dosa
Seakan tidak wujud syurga dan neraka
Tanah juga akan ikut berkata
Nanti saja sehingga mereka telah tiada
Akan ku himpit tulang rusuk mereka
Sehingga bertemu kesemuanya
Kerana semasa hidup mereka di dunia
Tidak pernah sujud kepada Dia
Di liang lahad akan ku tunggu mereka…
Biarpun dia telah pergi
Namun aku masih mensyukuri
Akan nikmat yang telah diberi
Dapat ku melaksanakan kewajiban diri
Aku sering tertanya-tanya
Mungkinkah mereka dapat berbicara
Andainya mendapat izin dari-Nya…
Mungkinkah manusia akan berubah?
Atau mungkin mereka tidak akan percaya?
Dengan apa yang bakal dikata
Seandainya mereka berbicara...





Saturday 15 February 2014

DIA...MIKHAEL 5


5
            Selesai membaca surah Yasin, aku berdoa. Semoga apa yang bakal aku lalui, akan dipermudahkan oleh-Nya. Aku memohon biarlah keluarga aku juga dijauhkan dari segala musibah dan perkara yang boleh mendatangkan dukacita.
Sejadah yang menjadi alas, aku lipat dan aku biarkan di lantai di dalam bilik aku yang terhamparnya permaidani, yang kadang-kadang turut menjadi tempat belajarku selain daripada katil.
Aku mencapai jadual waktu untuk aku mengetahui buku-buku yang harus aku bawa untuk esok.
“BM,” aku tersenyum melihat subjek kegemaranku tertera di dalam jadual.
            Pantas aku bangun menuju ke meja untuk mencapai buku teks Bahasa Melayu dan juga buku kompenen Sastera yang juga turut aku gemari. Aku melihat catatanku yang dilekatkan di atas meja.
“Esei,” aku melihat catatanku. Aku terus teringat karangan yang dikehendaki oleh Cikgu Mokhtar untuk esok. Karangan mengenai sebuah filem yang pernah ditonton dan aku mesti menghuraikan apa nilai-nilai moral yang boleh didapati daripada filem tersebut.
            Aku mengeluarkan kotak pensil Garfieldku daripada beg sekolah. Terus aku mencapai pen untuk menyambung eseiku yang terbelengkalai separuh jalan. Aku tersenyum apabila memerhatikan tak banyak kerjaku yang perlu dihabiskan.
“Buat air dulu la,” aku melepaskan pen di tangan.
            Semuanya dah siap, kecuali yang tu je. Aku berkira-kira di dalam fikirkanku dan cuba mengingati mana-mana subjek untuk esok yang memerlukan kerja rumah untuk disiapkan. 
“Dah nak tidur ke?,” suara mak bertanya sebaik terpandangkan aku keluar melangkah keluar dari bilik.
            “Tak la. Nak buat kerja rumah sikit. Ni nak buat air,” aku sempat melihat kaca TV yang sedang menayangkan filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, Seniman Bujang Lapok. Langkahku yang hendak diatur menuju ke dapur terhenti di ruang tamu.
            “Kata tadi nak buat air?,” ayah memandang aku.
“Nanti la. Filem ni best!,” aku ketawa melihat keletah Sudin yang pergi menghadiri ujibakat untuk menjadi pelakon. Lain yang disuruh, lain yang dia buat tapi kelakar.
            “Ingat, tadi kata ada kerja rumah,” suara mak pula mencelah.
“Ya, orang ingat la,” aku terus menonton sehingga iklan ditayangkan.
            Aku menuju ke dapur. Mak, ayah dan 2 orang adik aku masih lagi setia menonton TV.
“Kan best kalau aku pun dapat tengok,” aku mengeluh. Kerja rumah mestilah diutamakan.
            “Nak buat air apa ya?,” aku melihat balang yang berisi teh dan juga milo. Sedang memikirkan air apa yang hendak aku buat untuk basahkan tekak.
“Teh. Kan awak suka teh,” dekat benar suara tu dengan aku.
            Pantas aku menoleh ke belakang, melihat dapur yang tidak berpenghuni melainkan aku.
Macam mana benda tu boleh tahu aku suka teh?Aku teringatkan bekalku pagi tadi, yang boleh berada di dalam kelas. Kalau la benda yang sama mengacau, mestilah dia boleh tahu apabila melihatkan air teh tu yang berada di dalam botol airku.
            Aku terus mencapai balang teh. Kalau la benda itu tidak memberikan jawapan sekalipun, memang aku akan buat air ni kerana memang ini yang menjadi kegemaranku.
Selesai di dapur, aku berlalu ke bilik. Cemburu juga melihat adik-adik aku yang terkekeh-kekeh ketawa melihat filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee di TV.
            Boleh dikatakan semua filem allahyarham yang berunsur komedi, semuanya aku suka. Semuanya aku dah pernah tonton dan memang aku tak jemu untuk melihatnya berulang-ulang kali.
            Aku terus menuju ke meja belajarku untuk meletakkan mug yang berisi air teh suam. Bungkusan kecil yang berisi biskut juga turut aku bawa bersama. Aku melihat katil yang berselerak dengan buku-buku yang aku ambil dari mejaku tadi untuk dimasukkan ke dalam beg sekolahku.
            “Nanti la,” aku menarik kerusi. Perlahan aku menghirup air teh suam yang berada di dalam mug. Aku tersenyum kerana memang hanya air ni yang boleh membuatkan aku merasa tenang, biarpun tak banyak.
Bungkusan yang berisi biskut aku buka. Satu biskut coklat aku capai. Mataku terus meniti semula baris-baris ayat yang dah ku tulis di dalam buku karangan. Filem “Armagedon,” yang menjadi pilihanku cuba aku ingati semula.
            Aku melihat ke luar tingkap. Langsir yang masih tersingkap kemas seolah-olah memanggil aku untuk menghampirinya.
“Cantiknya!,” aku terpesona melihat bintang-bintang di langit. Biarpun bayang bulan sedikit terlindung pada malam ni, tapi bintang-bintang yang memang tak terkira jumlahnya itu tetap nampak berseri.
            “Ya, Independence!,” aku memetik jari apabila teringatkan nama salah sebuah kapal angkasa yang terdapat di dalam filem itu. Aku pantas bergerak semula ke meja dan mencapai pen yang dari tadi tak bersentuh.
            Biskut yang masih separuh aku letakkan di atas meja berhampiran mug.
“Pengorbanan..,” aku membebel seorang diri memikirkan nilai-nilai moral yang perlu aku tuliskan, sambil tangan terus menyambung menulis mengenai sinopsis filem tersebut.          
            “Ish!Pen ni waktu-waktu ni juga nak buat hal,” aku mengetuk pen tu beberapa kali ke meja. Aku cuba menconteng-conteng di atas kertas kosong tapi tak juga berhasil. Sah, dah habis dakwat.
Aku menyeluk tangan ke dalam kotak pensilku, mencapai mana-mana pen yang masih ada.
            Aku meneruskan semula ayat-ayat yang terhenti. Hampir 2 rangkap aku menulis, aku mencapai semula mug yang berisi air teh. Sesekali aku membaca semula ayat-ayat yang dah tertera di dalam buku karangan.
Jantungku berdegup kencang sebaik terpandangkan pen yang berada di atas meja. Tadi tu kat makmal...
            Ya Allah, betulkah apa yang aku nampak ni?Aku cuba mengingati kembali apa yang berlaku di makmal. Aku yakin apa yang aku nampak. Memang pen yang selalu aku gunakan berwarna hitam dan pen yang tiba-tiba muncul di dalam makmal, yang berada di atas bukuku tadi berwarna biru.
            Aku mencapai pen tu. Aku membelek-beleknya. Kenapa sekarang boleh bertukar dakwatnya menjadi hitam, seperti yang selalu aku gunakan?Aku cam benar alat-alat tulisku. Pen ni walaupun tidak pernah nampak dan tidak ada pula jenamanya, memang bukan pen kepunyaanku.
“Jangan fikir banyak sangat,” kata-kata Aisyah bermain semula di benakku.
            Aku terus menulis menggunakan pen tersebut, biarpun memang aku tak boleh berhenti daripada terus berfkir apa sebenarnya yang sedang berlaku di dalam hidupku. Setidak-tidaknya, apa yang sedang berlaku sekarang.
Aku terus menulis sehingga cukup 2 muka surat. Cikgu Mokhtar memang menggalakkan kami semua untuk memenuhui 2 muka surat untuk karangan yang dibuat.
“Dah pukul 11,” aku mengerling jam loceng. Aku mengeliat untuk menghilangkan lenguh-lenguh badan. 
            “Kalau kat katil kan lagi best,” aku menjeling ke katil yang masih bersepah dengan buku-buku. Sebentar lagi boleh la aku masukkan semua buku-buku tu.
Aku menyemak sekali lagi karanganku, dari ayat yang pertama sehingga ayat yang terakhir.
            “Minta-minta cikgu kata ok,” aku tersenyum. Aku membelek semula karangan-karanganku yang lepas. Markah di antara 70-90 membuatkan aku tersenyum sekali lagi.
“Matematik,” perlahan suara yang datang dari belakangku.
            “Siapa?!,” aku menoleh ke belakang.
Diam. Tidak ada jawapan yang aku dapat. Keadaan sepi. Hanya sekali-sekala kedengaran suara ketawa keluargaku yang berada di ruang tamu.
            Aku mengadapkan semula pandangan ke meja belajar. Perasaan yang tenang tadi berkocak kembali.
Aku menarik nafas perlahan-lahan. Adakah aku yang banyak berfikir atau sememangnya betul ada sesuatu di sisiku?
            Kata-kata Aisyah berperang dengan perasaan ingin tahuku. Betulkah cakap Aisyah, aku ni yang terlampau banyak fikir?
“Matematik,” sekali lagi suara tu kedengaran.
            Aku menoleh semula ke belakang. Tidak ada sesiapa. Hanya aku seorang yang berada di dalam bilik.
“Masakan kita boleh melihat mereka yang bertubuh halus,” tiba-tiba kata ustaz bermain semula.
            Halus?!Ya Allah, jauhkanlah aku daripada makhluk-makhluk ni. Suara yang mengatakan kepadaku tadi membuatkan aku terfikir.
            Aku mencapai buku latihan Matematik yang dah aku susun di atas meja bersama buku kompenen Sastera untuk dimasukkan ke dalam beg bersama-sama buku-buku yang lain yang masih berada di atas katil.
            “Histogram!,” aku menepuk dahi. Aku mencari di mana letaknya kertas graf  yang aku perlukan untuk melukis carta tersebut. Mujurlah jalan kiranya dah aku siapkan, hanya tinggal nak melukis cartanya sahaja.
            Sebaik menemukan buku graf, aku mengira carta-carta yang perlu aku lukis.
“10?!,” aku seakan-akan tak percaya. Aku melepaskan keluhan. Penat la macam ni tapi salah aku juga. Cuai.
            Aku mencapai mug. Biskut coklat yang separuh tu tak berjaya membuatkan tanganku untuk mencapainya semula.
Aku meneruskan kerja-kerjaku. Mata yang hampir layu aku gagahkan juga apabila terkenangkan Cikgu Khalida yang mengajar subjek berkenan. Dia memang guru yang baik. Cikgu Khalida langsung tak kisah kalau perlu menjelaskan satu-satu topik tu berulang kali.
            Aku menguap beberapa kali. Kadang-kadang aku tersenyum sendirian, lucu dengan histogram yang aku lakarkan, berbeza dengan jawapannya. Tanganku berperang dengan mata yang hampir tertutup.
            Aku menggosok-gosok mata.
“Pukul berapa ni?,” aku mengerling jam loceng. Dah pukul 3 pagi.
            “Apa la,” aku menepuk muka sendiri. Mujurlah aku terjaga. Aku teringatkan jam loceng yang belum aku kunci. Kalau tidak mesti aku akan lewat bangun pagi nanti.
            Aku mengeliat ke kiri dan ke kanan. Malas benar nak aku bangun, meninggalkan bantal dan selimut. Kadang-kadang mataku hampir tertutup semula.
Matematik?Katil?
            Aku terus bangun dari pembaringan. Macam mana aku boleh tidur atas katil?Perkara terakhir yang aku ingatkan ialah aku sedang melukis histogram di meja. Macam mana pula aku boleh ada atas katil?
Aku memandang sekeliling.
            Lampu bilik sudah dipadamkan. Bilikku hanya diterangi cahaya lampu daripada meja belajarku. Aku memicit dahi beberapa kali. Apa ni?Aku tak faham!
Selimut yang tadi menyelimutiku juga menimbulkan tanda tanya. Mustahil!
            Aku melihat beg sekolahku yang berada di kerusiku. Aku bangun menuju ke meja.
Beg sekolahku dah siap dipenuhkan dengan buku-buku teks. Aku melihat ke katil sekali lagi.
            Aku ke yang buat semua ni sebelum tidur?Ke aku yang tak ingat?Tak kan la...
Aku melihat kipas angin yang ligat berpusing. Aku yakin, memang aku tak hidupkan suis kipas angin sewaktu sedang menyiapkan kerja rumah, tapi sekarang ni kipas angin sibuk meniupkan angin yang membuai tidurku tadi.
            Aku merenung mug yang dah tertutup kemas dengan penutupnya. Ke mana hilangnya biskut aku yang separuh tu?
Aku mencari di atas meja. Memang aku makan tak habis biskut tu.
            Aku tunduk melihat ke dalam bakul sampah yang berwarna biru. Ada di situ!Mustahil aku yang buangkan kerana aku letakkan di atas meja.
Aku duduk di lantai sambil memegang bakul tu. Apa yang berlaku sebenarnya ni?Aku betul-betul keliru.
            Mataku yang minta ditutup semula membuatkan aku mencapai jam loceng yang berada di atas meja.
            “Dah berkunci?!,” aku terkejut. Apa sebenarnya yang berlaku ni?Tak kan la aku yang buat semua ni tapi aku sendiri yang tak sedar, atau mungkin tak ingat?
Aku bukan jenis yang cepat terlupa tapi sejak akhir-akhir ni, perkara-perkara macam ni membuatkan aku menjadi keliru.
            Aku mengerling sejadah yang dah tersidai di tempatnya semula. Aku yakin sejadah tu aku biarkan di atas permaidani selepas habis aku menunaikan solat Isya dan membaca surah Yasin.
            “Tidurlah,” mataku yang dari tadi meminta ditutup semula membuatkan aku merebahkan badan di atas permaidani. Malas nak menuju ke katil mengenangkan hanya tinggal lebih kurang 3 jam untuk aku menutup mata.
            Kelibat seseorang yang berada di sisi meja belajarku membuatkan mataku terbuka semula. Mataku pantas melilau mencari kelibat yang mencuri pandanganku sebentar tadi.
“Tak ada apa-apa pun,” aku mengiring ke kanan, membelakangkan meja belajarku.
            “Assalammualaikum,” telingaku dapat mendengar suara yang memberikan salam. Bercampur dengan lena yang datang. Ke hanya aku yang bermimpi di saat-saat ni?
            “Tak mau bawa bekal hari ni?,” mak bertanya sewaktu aku mencapai cawan yang dah berisi air teh.
“Tak pa la mak. Hari ni tak payah,” aku menghirup perlahan-lahan air teh yang masih suam.
            “Kalau nak mak boleh sendukkan nasi lemak tu. Sambal bilis, akak suka kan?Telur rebus pun ada ni,” mak yang sibuk mengupas kulit telur seakan-akan memancing minatku.
“Boleh la,” aku tersenyum mengenangkan bekal yang akan ku kongsi dengan Aisyah seperti selalu.
            “Nak bawa lagi satu ke untuk Syah?,” mak yang dah habis mengupas kulit telur tu mencapai timun pula.
“Tak payah mak. Selalu orang kongsi je dengan Syah,” aku masih mengirup air teh yang masih suam.
            “Ayah mana mak?.”
“Surau,” mak menjawab ringkas.
            Aku hanya mengangguk. Betul juga. Kalau dah tak ada kat rumah pagi-pagi ni, mestilah ayah dah ke surau untuk sembahyang Subuh.
            “Nah, bawa elok-elok.”
Aku menyambut bekal yang mak hulurkan.
            “Sekali dengan air juga?,” aku membelek-belek botol air.
“Dah alang-alang bawa sekali la,” mak seakan-akan memahami perangai aku yang keberatan untuk membawa sekali botol air tu.
            “Dulu boleh je akak bawa,” mak tersenyum.
“Dulu kat sekolah rendah lain. Sekarang nak beli kat kantin pun boleh.”
            “Tapi tak samakan?,” mak menduga.
“Hehe...betul-betul. Kalau sama dah lama tak bawa ni,” aku menunjukkan kepada botol air tu.
            “Macam-macam la akak ni. Selalu awal akak pergi tapi hari ni...tengok, jam dah pukul berapa?.”
“Saja nak pergi lewat sikit.”
            “Kalau macam tu makan la dulu nasi lemak. Sempat lagi,” mak bangun mencapai satu pinggan.
“Tak payah la mak. Nanti kat sekolah orang makan la dengan Syah,” aku menghalang mak yang dah menyendukkan nasi lemak.
            “Betul ni?,” mak memandang aku.
Aku mengangguk sambil terus menghabiskan air teh yang masih berbaki.
            “Betul. Lagipun orang dah nak pergi dah ni,” aku berjalan menuju ke ruang tamu untuk mencapai beg sekolah.
Aku melihat ayah yang sedang berjalan balik dengan Pakcik Razali. Rancak mereka berdua berbual-bual.
“Dah nak pergi dah?,” ayah bertanya sewaktu aku menyorong basikal.
Aku mengangguk. Pakcik Razali tersenyum kepadaku.
            “Dah tingkatan berapa sekarang?.”
“Tingkatan 5, pakcik,” aku tersenyum.
            “Pergi dulu ayah, pakcik,” aku berbahasa sebelum mula mengayuh.
Aku melihat langit yang tidak gelap seperti selalu. Hampir cerah.
            “Patut la,” aku melihat jam di tangan yang menunjukkan hampir ke pukul 7.
Biarpun aku bangun awal tadi setelah dibangunkan oleh bunyi jam loceng, yang pastinya bukan dikunci oleh aku, tetapi aku sengaja bertolak lewat hari ni. Tak sanggup aku nak terus berhadapan dengan peristiwa-peristiwa aneh di sekolah tu.
            Aku mengayuh basikal perlahan-lahan, seperti kebiasaannya juga. Aku tak perlu bimbangkan kelas yang berkunci kalau-kalau rakan-rakan sekelasku yang datang awal dah pun sampai ke sekolah sekarang ni. Kan ada si Asyraf yang memegang kunci pendua?
            Aku tersenyum. Tenang sekali pagi ni. Biarpun fikiranku masih tak dapat berhenti daripada memikirkan siapa yang mengemas buku-buku aku yang berselerak di atas katil?Malah, siap dimasukkan ke dalam beg sekolahku. Mug aku juga tertutup kemas.
            Bukan setakat itu, pagi tadi sewaktu aku terjaga pun, kepalaku sudah dialas dengan bantalku yang berwarna merah jambu tu. Kalau la aku yang mencapai bantal tu, aku yakin selimut masih lagi berada di atas katil apabila aku merebahkan badan di atas permaidani.
Kipas angin yang bertiup ke arahku juga membangkitkan keraguan di hatiku.
            Aku yakin. Malah, amat-amat yakin bahawa bukan aku yang buat semua ni tapi kalau aku ceritakan kepada mak dan ayah, pastinya mereka tak akan percaya. Hanya aku yang berada di dalam bilik. Tidak ada orang lain. Jadi, siapa punya kerja kalau bukan aku?Itu kalau diikutkan logik akal.
            “Entah la,” aku menghela nafas.
“Ya Allah!Garfield,” aku memberhentikan basikalku. Pantas aku turun daripada basikal untuk memeriksa beg sekolahku yang tergalas di belakang.
            “Assalammualaikum,” suara yang menegur membuatkan aku terkejut.
“Mikhael!,” aku memandangnya. Jalan yang di kiri kanan tidak memiliki mana-mana rumah tu membuatkan aku memandangnya dengan penuh syak wasangka.
            “Awak..dari mana?,” aku memandangnya.
Dulu, aku masih ingat melihat dia yang sedang berjalan di jalan yang menuju terus ke Pekan Melati untuk meninggalkan sekolah. Sekarang dia muncul di belakangku, seolah-olah dia datang dari Pekan Tanjung.
            “Dari rumah la. Sana rumah saya,” dia menunjukkan jalan berlorong yang bertentangan dengan jalan kiri yang menjadi laluanku setiap hari.
Aku melihat ke arah yang ditunjukkan. Jalan yang menuju ke sebuah kampung yang tak pasti apa pula namanya.
            “Kat situ la tempat tinggal saya,” dia tersenyum.
“Tapi hari tu saya nampak awak..,” aku menunjukkan ke arah sekolah yang masih tinggal separuh perjalanan.
            “Saya ke rumah kawan. Rumah dia kat lorong yang dekat dengan sekolah,” dia menjelaskan.
            Betul juga. Sebab tu agaknya bila aku menoleh untuk melihat dia, dia dah lesap dari pandangan mataku hari tu.
“Awak ni cari apa?Tiba-tiba berhentikan basikal macam tu tadi.”
            “Oh..tu..kotak pensil saya,” aku menurukan beg yang masih tergalas di belakangku.
“Terlupa ke?,” dia bertanya.
            Aku hanya mengangguk. Entah kenapa sejak kebelakangan ni, ada saja benda yang aku tertinggal. Bekal la dan sekarang ni kotak pensil pula. Aku melirik Mikhael yang masih setia berdiri. Dia tersenyum.
           “Pelik!,” aku melihat kotak pensil yang berada di dalam beg sekolahku. Tadi aku yakin yang aku tertinggalkannya di atas meja belajarku sewaktu aku melukiskan histogram semalam.
            Mustahil aku yang memasukkannya ke dalam beg sekolahku. Sudahlah pagi tadi aku sempat mengerlingnya yang masih berada di atas meja selepas aku menunaikan sembahyang Subuh. Akibat asyik bertangguh nak memasukkannya ke dalam beg sekolah, aku yakin ia masih berada di situ.
            “Kenapa?Ada tak?,” Mikhael bersuara.
Aku memandangnya.
            “Ada. Pelik betul,” hanya itu yang mampu aku ucapkan.
Dia tersenyum.
            “Apa yang peliknya?.”
“Ya la. Semalam saya yakin Garfield ni tertinggal atas meja belajar saya,” aku mengeluarkan kotak pensilku untuk ditunjukkan kepada Mikhael yang masih setia menunggu.
            “Agaknya perasaan awak je tu. Tu kan dah ada dalam beg?,” dia mengisyaratkan matanya kepada kotak pensil yang berada di tangan.
Aku kehairanan. Kenapa sejak kebelakangan ni begitu banyak benda pelik yang terjadi?Seakan-akan peristiwa ni bersifat satu pertolongan yang sentiasa memudahkan kerjaku.
            “Dah la. Jom!Nanti lewat,” suara Mikhael mengingatkan.
Keadaaan jalan raya mulai sibuk dengan beberapa buah kereta dan juga van yang membawa pekerja-pekerja kilang. Sempat aku mengerling beberapa buah kereta cikgu yang mengajar di sekolahku.
“Eh!Tak naik ke?,” Mikhael bertanya kehairanan selepas aku menyorong basikalku untuk berjalan beriringan dengannya.
“Kita jalan sekali ya,” aku tersenyum.
            Tak enak pula rasanya kalau aku nak terus menaiki basikal dan meninggalkannya yang sedari tadi setia menunggu di sisiku.
            “Tak takut lewat?,” dia menduga.
“Ya la. Kan selalu awak awal-awal dah sampai ke sekolah.”
            Aku memandangnya.
“Kan hari tu kita bertembung kan?,” dia seakan-akan boleh membaca mindaku yang hairan macam mana dia boleh tahu rutin harianku ke sekolah.
            “Betul la. Terlupa,” aku tertunduk malu. Macam-macam pula aku syak kepada Mikhael ni. Memandangkan banyak perkara pelik yang terjadi, aku sering menyimpan sedikit syak wasangka kepadanya.  
            “Awak..memang selalu berjalan kaki ke sekolah?,” aku mula bertanya perkara yang bermain di fikiranku.
“Ya. Memang berjalan kaki sebab rumah pun tak jauh sangat.”
            “Tapi..saya tak pernah nampak awak pun sebelum ni?.”
Mikhael tersenyum lagi. Senyumannya memang manis!
            “Macam mana nak nampak...”
Aku merenungnya.
            “Maksud awak?.”
“Ya la. Saya baru berpindah kat kampung tu. Mestilah awak tak kan pernah nampak saya kan?.”
            Aku mengangguk, mengakui kebenaran kata-kata Mikhael. Macam anggapan yang pernah aku buat dulu. Dia mengikut keluarganya berpindah ke sini.
            Jadi mestilah aku tak pernah bertemu dengannya di sekolah sebelum ni.
“Dah sampai pun,” suara Mikhael mematikan lamunanku.
            “Cepat kan?,” aku kehairanan. Aku melihat pintu pagar sekolah. Mengapalah aku merasakan cepat benar aku dan dia berjalan sedangkan separuh lagi perjalanan kami ke sekolah?
            “Kita tak sedar masa cepat berlalu,” suara Mikhael menerjah ke telingaku.
“Betul tu,” aku terus menyorong basikal ke tempat yang sepatutnya.
            Agaknya bila kita selesa dengan seseorang atau sesuatu, memang tak kan sedar masa yang berlalu.
Selesai aku mengunci basikal, aku memerhati kepada salah satu basikal yang berada di hujung barisan. Basikal budak perempuan yang setiap pagi aku nampak tuannya tapi tidak untuk pagi ini.
            “Kenapa?,” Mikhael bertanya.
“Tak ada apa-apa,” aku berbohong. Tak kan la aku nak ceritakan perihal budak yang pernah aku nampak di situ?Sehinggakan terbawa-bawa ke dalam mimpi. Lagipun, mungkin dia di situ menunggu sehingga kawannya datang. Kalau la dia bukan manusia, masakan basikalnya ada di situ?
            “Sudah?.”
“Dah. Awak tak pergi kelas lagi?,” aku membetulkan tudung. Aku kira dia sudah berlalu ke kelasnya tadi.
            “Nak pergi la ni. Mana la tahu awak tertinggal apa-apa lagi,” dia tersenyum mengusik aku.
            Aku mengetap bibir menahan malu.
Mikhael ketawa kecil. Mestilah dia tahu apa perasaan aku sekarang ni.
            “Tu..,” dia menunjukkan kepadaku.
“Apa?,” aku melihat ke bawah. Tali kasut sekolahku terungkai ikatannya. Tanganku yang memegang bekal dan buku pantas meletakkannya di atas pangkin basikalku.
            “Tak apa. Saya tolong,” belum sempat aku nak membuka mulut Mikhael sudah pun menunduk mengikat tali kasut sekolahku di sebelah kanan.
            “A..awak, tak apa. Biar saya yang buat,” pantas aku menarik kakiku.
“Dah siap!,” dia bangun semula mencapai bukunya yang turut diletakkan di atas pangkin basikalku.
            Malunya!
“A..tt..terima kasih!,” terkeluar juga kata-kata tu dari bibirku. Kelu lidahku nak bersuara.
            “Sama-sama,” dia tersenyum sambil membetulkan anak rambutnya.
“Saya pergi dulu,” aku mula mengaturkan langkah.
            “Hati-hati!,” suara Mikhael menjerit kecil.
Aku menoleh kepadanya sambil tersenyum.

            Dia masih di situ, setia mengukirkan senyumannya yang manis di pandangan mataku!