Tuesday 7 January 2014

ISTERI AKU SLEEPING UGLY?! 20


“Macam ni rupa-rupanya..,” bisik Hana apabila melihat apa yang sedang berlangsung di depannya. Semua benda ini kelihatan begitu asing buat dirinya yang baru masuk dua hari bekerja di syarikat penerbitan majalah fesyen itu.
            Kelihatan dua orang model yang sedang memperagakan busana-busana dari jenama antarabangsa dan juga tempatan yang ditata oleh Jojo sebentar tadi sebelum berlangsungnya sesi fotografi itu. Turut memerhati adalah Bad yang bertindak sebagai Pengarah Kreatif di syarikat tersebut.
            Hana yang berdiri beberapa tapak di belakang Jojo hanya menjadi pemerhati setia sedari tadi. Suasana yang dirasainya tidak ubah seperti rancangan America Next Top Model di kaca TV yang pernah disaksikannya. Kenapa?Tak percaya?Percayalah yang Hana ini pun pernah tonton rancangan tersebut. Dia mengenakan baju kurung tak bermaksud dia langsung tak tahu perkembangan dunia fesyen dan hiburan, okay!
            Sekarang, dia mulai faham sedikit demi sedikit. Apa yang akan dilakukan oleh Jojo adalah lebih kepada pakaian-pakaian yang akan dikenakan oleh para model. Manakala, Bad akan lebih kepada gaya yang diberikan oleh para model sewaktu sesi fotografi. Kalau ada yang dirasakan tidak kena, lelaki itu akan menegur. Pendek kata, kerjanya berkait rapat dengan kerja Jojo.
            “Ok girls!Wrap!Thank you!.” Suara Bad menarik perhatian Hana yang leka memerhati setiap seorang dari mereka yang sedang menjalankan tugas masing-masing. Sempat matanya mengerling kepada Imran, jurugambar yang kelihatan sedang menganggukkan kepalanya berpuas hati dengan hasil yang ditatap melalui komputer ribanya yang dihubung terus kepada kamera.
            “This one is good,” kedengaran suara Jojo memberikan pendapat sambil jarinya menunjuk kepada gambar model yang kelihatan di komputer riba.
            Hana memandang pula kepada model-model yang mula melangkah ke bilik wardrobe. Dia mula memandang sekeliling. Kini, hanya dia satu-satunya perempuan di situ. Krew-krew yang bertanggungjawab dengan peralatan fotografi seperti lampu dan sebagainya semuanya adalah lelaki. Dia yang kini sudah berada di jendela studio terus membatukan diri. Hanya matanya yang bergerak memerhati mereka yang masih berada di dalam studio itu.
            “Ok. Nanti you bolehlah serahkan salinan gambar-gambar ni kat I ya,” Bad memandang kepada Imran yang masih lagi setia menatap hasil kerjanya sebentar tadi di komputer riba.
            “Boleh, tak ada masalah. Bila you nak bagi kat bahagian grafik?.”
“As soon as I dapat dari you. Sebab nanti mesti graphic designer nak edit lagi kan this pic?Then nak bagi kat pihak editorial pula.”
            Jojo yang mengerling pandang ke arah Hana menghadiahkan senyuman kepada pembantunya itu. Untung saja kini dia sudah mempunyai gadis itu yang boleh diharapkan untuk menolongnya. Apa yang perlu diajar adalah agar Hana lebih mengenali jenama-jenama busana dan aksesori yang sering digunakan untuk menata rias model-model. Senanglah nanti kalau dia inginkan bantuan gadis itu untuk mencari jenama yang dikehendaki di antara puluhan jenama yang sedia ada.
            Jojo mula menapak ke arah pembantunya itu.
“Kenapa ni?You menung apa kat sini?Ingatkan boyfriend you kat Kedah sana ke?,” usik Jojo. Sesekali dia menoleh ke belakang memerhati Bad yang masih lagi berbual dengan Imran.
            “Ish!Mana ada Jojo. Saya tengok macam mana setiap seorang kat sini buat kerja masing-masing. Sambil-sambil tu, tengok yang ni juga..,” Hana menunjukkan sebuah fail yang berada di tangannya kepada Jojo.
            Jojo yang melihat cuma tersenyum. Fail yang mengandungi ribuan gambar busana dan aksesori dari pelbagai jenama itu adalah koleksi peribadinya yang dipinjamkan kepada Hana agar gadis tersebut dapat lebih mempelajari dunia fesyen.
            “Really?So apa yang you faham?,” duga Jojo.
“Er..setakat ni, apa yang saya tahu kadang-kadang satu-satu fesyen tu akan berputar. Maksud saya akan berulang. Contohnya macam ni..,” Hana menunjuk kepada satu halaman yang penuh dengan gambar cermin mata hitam.
            “Kenapa dengan yang ni?,” Jojo terus menduga.
“Ya la. Dulu tu cermin mata hitam berbingkai besar ni jadi fesyen waktu 60-an, 70-an..tapi sekarang dah jadi ikutan sekali lagi, betul tak?,” Hana mengangkat kening.
            Jojo menganggukkan kepalanya dengan senyuman yang kian melebar.
“Cepat you belajar!,” satu suara mencelah. Kelihatan Bad yang sedang menyarungkan jaket ke tubuhnya melemparkan senyuman kepada mereka berdua.
            “You tahu siapa yang mulakan balik trend ni?,” Bad mengajukan soalan.
Hana terdiam sejenak. Terasa bagaikan dirinya ditemuduga oleh kedua-dua lelaki itu. Temuduga?Aaron Aziz!Malu, malu!
 Mata dipejamkan seketika untuk cuba mengingati satu artikel yang pernah dibacanya ketika menggunakan servis ‘Google’ dulu.
            “Er..kalau tak salah saya, saya pernah baca dulu tu, pasangan kembar Full House tu, Mary Kate and Ashley Olsen,” jawab Hana.
            Jojo mengerling kepada Bad sambil mengangkat kening. Hana hanya memerhati kedua-dua lelaki itu yang saling bertentang mata. Adus!Salah ke jawapannya tadi?
            “Right!Tak sia-sia Jojo hire you untuk tolong dia. Terus belajar and lama-lama nanti, you akan faham yang you don’t have to be like..you know..plastic!,” suara Bad seakan-akan berbisik kepada mereka berdua.
            “Plastik?,” Hana mengerutkan wajahnya.
“Ya, plastik. Semata-mata nak ikut fesyen, you change to be someone else. Ok la, I pun nak kena gerak sekarang ni. Guru dah ada depan you ni hah..,” Bad memeluk bahu Jojo sambil tersenyum.
            “Apa yang tinggal, you korek je semua rahsia dari dia ni okay?I pergi dulu, bye dar...”
            Belum pun sempat Bad hendak memberikan pelukannya kepada Hana setelah kedua-dua tangannya didepakan, Jojo mendahului terlebih dahulu. Nak sangat peluk kan?Nah!Peluk puas-puas!
            Hana yang kaget tadi merasa lega setelah melihat Jojo yang dipeluk oleh Pengarah Kreatif itu. Ingatkan dirinya akan menjadi mangsa kepada budaya yang dilihat sudah menjadi satu kebiasaan buat segelintir warga kota.
            “Bye darling!,” Bad mengangkat tangan sebelum melangkah. Hana cuma memberikan senyumannya kepada lelaki itu.
            Sudahlah senang-senang nak memeluk orang, lagi satu kenapa dia orang ni suka sangat menggunakan istilah ‘sayang’, ‘darling’ dan semua tu?Bukan dia tidak nampak bagaimana model-model tadi memeluk dan mencium pipi sesama Bad dan Imran sewaktu tiba di studio pagi tadi. Walaupun sekadar sapaan dan bukannya bertujuan lain, tapi semua itu kelihatan janggal di pandangan matanya yang tidak biasa dengan budaya sebegitu.
            “Hei..apa yang you fikir?Bad dah balik pun!,” Jojo mencebikkan bibirnya. Matanya mula menjeling sambil mula membuang pandangan ke luar tingkap memerhati bandaraya Kuala Lumpur yang tidak pernah sunyi.
            “Jojo cemburu eh?,” Hana mula mengusik apabila melihat raut wajah masam lelaki itu. Baru dua hari mereka berkenalan tapi dia senang berdamping dengan Jojo. Mungkin kerana sikap lelaki itu sendiri yang mudah mesra?Entahlah.
            “Eii!Mestilah tak. Mana ada I cemburu. Tak kuasalah,” tingkah Jojo manja. Mata terus menjeling mengharapkan respons dari pembantunya itu.
            “Saya pun gurau je la. Nak cemburu apanya kan?Saya tahu kalau Jojo nak, tu..model-model tu kan ada, ya tak?,” balas Hana sambil memuncungkan mulutnya ke arah bilik wardrobe. Fail yang berada di tangan disingkap kembali.
            Jojo yang berdiri bertentang dengan Hana mula melirik ke arah gadis itu. Hari kedua dan penampilan gadis itu masih lagi seperti semalam. Baju kurung dan pashminanya. Apa yang berbeza adalah warnanya. Bahkan, kasut yang dikenakan juga adalah kasut leper berwarna hitam semalam.
            Jojo menapak setapak ke hadapan agar lebih dekat dengan Hana. Dalam tak sedar, tangan kanannya naik menyentuh kepala pembantunya itu.
            “Kenapa Jojo?!,” soal Hana yang tersentak.
“Er..ehem..tu hah..tadi ada benang apa tah. I tolong buangkan.” Mujur tidak salah tiun kali ini. Gatal la kau Jojo!Benanglah sangatkan?
            “Oh..thanks!,” ucap Hana sebelum kembali menatap fail di tangan. Kenapa susah sangat nak kawal diri kau tu Jojo?Susah macam ni!
            Dalam tak sedar, studio yang sejak paginya sibuk dengan agenda masing-masing di situ, kini mulai sunyi sepi. Hanya Hana dan Jojo yang masih berada di situ. Jojo yang sedang menyangkut sehelai skirt di rak pakaian, mula menoleh sekeliling di bilik wardrobe.
            “Mana pula dia pergi?.” Kelibat Hana tidak kelihatan di situ. Tangannya terus bekerja menyangkut satu persatu busana yang dipinjamkan untuk mereka bagi sesi fotografi tadi. Semuanya harus berada di dalam keadaan asal sebelum dipulangkan semula kepada pemilik jenama tersebut.
            Selesai melaksanakan tugasannya, Jojo mula melangkah keluar dari bilik wardrobe sebaik suis lampu ditekan bagi memadamkan semua lampu yang menerangi bilik tersebut.
            Sebaik pintu ditutup, kelibat Hana yang duduk sambil menyandarkan kepalanya di jendela kaca studio itu membuatkan Jojo mula mengorak langkah perlahan-lahan. Panel tingkap empat segi sama yang lutsinar itu jelas mempamerkan keindahan bandaraya KL di waktu malam.
            “Say...” Jojo memendamkan kata-katanya yang baru ingin dilontarkan untuk mengejutkan Hana. Niat hatinya tadi ingin membuatkan gadis itu terperanjat dengan kedatangannya secara tiba-tiba di situ.
            “Tak kan dah tidur?,” bisik Jojo sendirian. Raut wajah itu dicuri pandang lagi.
Kelihatan Hana yang sudah terlelap sambil menyandarkan kepalanya di tingkap. Fail miliknya masih lagi berada di dalam tangan pembantunya itu.
            “Dia memang macam tu. Kalau dia tertidur waktu kerja nanti, you jangan marah ya. Tolong kejutkan. Kejap je dia tidur tu. Nak bangun pun senang.”
            Kata-kata Ika yang pernah diberikan kepadanya membuatkan sebelah tangan Jojo mulai naik. Baru sahaja hendak menyentuh bahu Hana, hajatnya itu ditangguhkan. Jojo mula memerhati sekeliling.
            “Bukannya ada apa-apa kerja pun kan?.” Kalau tak ada kerja, kenapa dia harus mengganggu tidur gadis itu?Habis tu, tak payah balik rumah?Nak bertapa kat studio Fabuloustar ni?
            Jam dikerling. Hampir ke pukul 8.15 malam. Kejap lagilah Jojo. Awal lagi kan?Jojo mula mengambil tempat bertentangan dengan gadis itu. Tidak berkedip matanya menatap raut wajah Hana. Sebelah tangannya mula naik sekali lagi.
            Wait!Apa yang aku nak buat ni?Jojo menarik semula tangannya. Mata menjalar sekeliling studio lagi. Memang tak ada sesiapa. Hanya dia dan pembantunya itu sahaja yang berada di situ. Ah!Tak ada sesiapa kan?Nak tunggu apa lagi?
            Tangan kanan yang tadinya diturunkan mula naik kembali dan dibawa ke arah kepala gadis itu. Jojo mula mengusap perlahan kepala yang dilitupi pashmina biru lembut itu. Bibirnya mula tersenyum melihat gadis itu yang nyenyak tidur.
            Jojo mengesot lebih dekat dengan pembantunya.Wajahnya turut didekatkan dengan wajah Hana. Apa ni Jojo?Apa yang kau nak buat ni?Dia ni budak baik tau!Ala, bukannya aku nak buat apa-apa pun kan?
            “Love you..,” bisiknya perlahan di telinga Hana. What?!Kau sedar tak apa yang kau cakap ni wahai Jojo?And the most important thing is, kau sedar tak siapa diri kau?J.O.J.O, Jojo!Kehidupan kau sebelum ini...
            Jojo yang bagaikan dilamun mimpi tersentak. Tangan yang sedari tadi leka mengusap kepala gadis itu terhenti. Wajah Hana direnung. Gadis itu amanah Ika kepadanya. Dia tidak boleh merosakkan kepercayaan Ika, kawan baiknya sendiri. Paling penting, dia tidak boleh membawa Hana ke ‘dunia’ yang satu lagi itu. Tak kan! Hana bukannya perempuan seperti itu, dia tahu.
            Kelopak matanya mula digenangi air. Kenapa susah sangat nak lupakan masa silamnya itu?Kenapa?Kalau boleh dia ingin padam terus semua itu. Padam sehingga tiada apa lagi yang tinggal. Biar apa yang ada kini hanya dia dengan Hana. Dia sukakan gadis itu. Tidak, lebih dari suka. Dia sayangkan Hana. Malah, lebih dari sayang. Cinta?
            Ya, cinta!Jojo, baru dua hari kau cakap kau dah cinta?Yang sebelum-sebelum ni?Arghh!Jojo mula berserabut. Agak-agak, kalau dia berterus-terang dengan Hana, adakah gadis itu akan menerima?Apa pula anggapan Hana kepada dirinya nanti?

 




3 comments:

EH, EH..ADA ORANG NAK BAGI KITA KOMEN?YEAYYY!!!