Thursday 19 December 2013

ISTERI AKU SLEEPING UGLY?! 10


            Shasha menutup pintu rumah perlahan-lahan. Berkerut wajahnya biarpun pintu tersebut langsung tidak berkeriut. Sesekali dia memandang ke arah tangga dan ruang tamu untuk memastikan tiada sesiapa. Benar. Rumah banglo mewah itu memang sunyi sepi ketika itu. Mana tidaknya jam sudah pun melepasi angka 3.30 pagi.
            Selesai menekan tombol, Shasha mula menghala ke tangga. Tak perlu terjengket-jengket. Ini kan tahun 2004, normal la semua ini kan?Buat apa nak takut atau risau sangat kalau balik pada waktu-waktu begini?Lagipun, ini kan KL bukannya kampung kan?Dan perkara yang paling penting kepada siapa dia harus takut?Emak saudaranya?Tak mungkin. Bapa saudara tirinya itu?Tak kan lah kut. Rayyan?Tak langsung!Orang gaji dan pemandu pakciknya itu sila buat hal masing-masing ya. Oh ya!Sekadar peringatan.
            Tiba di tingkat kedua rumah banglo itu, Shasha mengatur langkah menuju ke biliknya. Sesekali bibirnya menyanyi-nyanyi kecil lagu yang menjadi halwa telinganya ketika berada di kelab malam tadi. Kaki mula melangkah masuk ke dalam bilik sebaik pintu mula dikuak.
            Clutch yang sedari tadi digenggam dicampak ke atas katil sebaik pintu ditutup. Shasha mula berlalu ke arah meja soleknya. Wajahnya dibelek buat beberapa ketika.
            “Kan cantik. Apa yang tak kena?Kenapa si Rayyan tu jual mahal sangat?,” bisiknya seorang diri. Sesekali jarinya menekan-nekan lembut bibir yang masih berwarna merah dioles lipstik Revlon itu.
            Puas meneliti wajah sendiri di dalam cermin, Shasha melangkah beberapa tapak ke belakang. Matanya kini membelek bentuk tubuh yang terserlah di dalam dress ketat separa lutut yang dikenakan.
            “Emm..tak sia-sia aku habiskan duit untuk beli baju ni,” Shasha tersenyum sendirian apabila berpuas hati dengan hasil yang terbias di dalam cermin. Berpuas dengan segala bentuk yang dapat ditatap di dalam cermin itu, dia membawa diri ke katil dan menghempaskan tubuhnya ke tilam yang empuk. Matanya tepat memandang ke siling yang berwarna putih itu.
            Penghawa dingin yang menebarkan udara yang nyaman di dalam bilik tidak mampu membuatkan mata Shasha dipejamkan. Apatah lagi dia sendiri tidak mempunyai niat sedemikian. Hanya satu benda yang ligat bermain di dalam mindanya kini.
            Mengenangkan kemungkinan akan rancangannya yang bakal dilaksanakan nanti, membuatkan bibir Shasha mula menguntumkan senyuman. Matanya mula mengerling ke arah jam di pergelangan tangan.
            “3.45. Orang cakap perkara yang baik jangan ditangguhkan, kan?.”
Shasha bingkas bangun dari pembaringan. Hatinya kini sudah tekad. Walau apa yang terjadi, malam ini dia ingin melakukannya. Berjaya atau tidak, itu tidak penting. Setidak-tidaknya nanti, dia tidak akan menyesal kerana tidak pernah mencuba langsung.
            Pintu bilik yang tertutup kemas kembali dibuka. Sempat matanya mencuri pandang ke arah bilik yang bertentangan dengan biliknya. Pintu bilik tidur emak saudara dan bapa saudaranya itu tertutup kemas. Sunyi sepi.
            “Bagus. Ni lah peluangnya,” bisik Shasha. Tangannya kembali menarik daun pintu perlahan-lahan agar tidak mengganggu tidur emak saudara dan bapa saudaranya itu. Langkah kaki diatur menuju ke arah anak tangga yang akan membawanya ke tingkat 3 rumah banglo berkenaan.
            Shasha mula memijak perlahan-lahan anak tangga. Kali ini, dia mula menjengket. Risau kalau-kalau tingkahnya itu akan membuatkan targetnya yang berada di tingkat 3 akan dikejutkan. Perlahan-lahan, satu demi satu anak tangga didaki. Tiba di tingkat itu, dia berhenti seketika untuk mengambil nafas. Dadanya mulai berdebar.
            Namun, kakinya tetap melangkah perlahan-lahan menuju ke salah sebuah bilik yang terdapat di sebelah kiri. Tiba di depan bilik, debaran di dada semakin kuat. Shasha mula mengetap bibir. Dia mula meramas-ramas tangan sendiri untuk memberikan dirinya keyakinan dan menghalau jauh perasaan takut yang mula mneyerang.
            “Janganlah kunci..,” bisiknya perlahan sebaik tangan mula merayap memegang tombol pintu. Shasha mula memulas tombol tersebut dengan cukup berhati-hati. Dia tidak ingin melakukan sebarang kesilapan walaupun sekecil cuma. Yes!Hatinya bersorak meraikan kejayaan pertama setelah mendapati pintu bilik berkenaan tidak berkunci.
            Pintu bilik tersebut mula dikuak perlahan-lahan. Bau lavender mula mencuit deria hidunya. Sekaligus membuatkan bibir Shasha mula mengulumkan senyuman apabila terpandangkan sosok tubuh Rayyan yang sedang berada di atas katil.
            Pintu ditutup semula dengan berhati-hati agar tidak mengganggu lelaki itu yang sedang nyenyak tidur. Sebaik pintu ditutup, Shasha mula mengorak langkah ke katil dengan perlahan-lahan. Bilik yang diterangi dengan cahaya lampu merah suram itu tidak dapat menghalang pandangan mata Shasha dari terus memerhati raut wajah Rayyan yang diam tidak berkutik. Wajahnya mula didekatkan kepada wajah Rayyan.
            Tangannya mula naik untuk menyentuh raut wajah tersebut. Ingin sekali rasanya menjamah wajah yang menjadi pujaan hatinya itu. Namun jari jemari yang hampir mengenai kulit wajah Rayyan terus terhenti sebaik teringatkan akan rancangannya. Shasha tidak ingin kalau hanya dengan sentuhan itu akan membangunkan Rayyan dan sekaligus membuatkan rancangan yang ingin direncanakan menjadi satu kegagalan lagi seperti malam-malam sebelumnya.
            ‘Classless?Fine. Alang-alang mandi biar masah. Nak menyeluk pekasam tu, not me okay!,” kening Shasha terjongket sedikit ke atas. Tak kuasa lagi rasanya nak berperibahasa di ketika ini. Apa yang penting, dia ingin melakukannya sesegera yang mungkin.
            Zip dress dari jenama Dorothy Perkins yang dihadiahkan oleh ibu saudaranya, mula ditarik perlahan-lahan. Senyuman terus mekar di bibir Shasha sambil matanya tak lepas dari memandang Rayyan.
            Dress yang tidak berlengan itu memudahkan kerja Shasha. Hanya dengan sekali tarik, dress yang tadinya menyaluti tubuh langsing Shasha, terus melurut jatuh ke atas permaidani gebu yang terhampar di dalam bilik anak teruna Tan Sri Rashid itu.
            “I’m coming baby..,” getus Shasha seakan-akan Rayyan mendengari apa yang sedang diperkatannya ketika itu. Kakinya mula melangkah menaiki katil. Perlahan-lahan, Shasha menyusup masuk ke dalam selimut yang menyelimuti tubuh Rayyan. Tubuhnya dibawa dekat kepada lelaki itu.
            “Selepas ni, you akan jadi milik I sayang,” bisik Shasha dengan mata yang terus galak menatap seraut wajah tenang Rayyan.          
            “Emm..nope!Bukan selepas ni..itu dah lama sangatkan?Esok. Macam mana dengan esok?Esok juga you akan jadi milik I and I akan jadi milik you. How about that?I like!,” Shasha terus mengomel sendirian di atas katil.
            Selimut terus ditarik agar menutup tubuhnya yang hanya dilitupi dengan pakaian dalam. Itulah rancangannya. Mana ada kucing yang nak tolak ikan kan?Mana ada buaya yang nak tolak bangkai?Wait!Ada ke peribahasa tu?Ah!Lantaklah!Shasha terus mengulumkan senyuman. Tidak sabar menanti hari esok yang bakal merubah status dirinya kelak.

            Suasana pagi itu di rumah banglo mewah milik Tan Sri Rashid agak berbeza. Masing-masing yang berada di ruang tamu membatukan diri. Hanya sesekali esakan Shasha kembali kedengaran.
            Makcik Bibah dan Pakcik Husin yang berada di dapur juga turut mendiamkan diri sedari tadi. Hanya sekadar keluhan panjang yang dilepaskan oleh Makcik Bibah apabila mengenangkan kembali peristiwa Subuh tadi.
            “Sudahlah. Tak baik awak mengeluh macam tu Bibah. Benda dah jadi..,” tegur Pakcik Husin.
            “Saya tak percaya bang yang budak Rayyan tu akan buat macam tu. Saya tahulah. Saya yang jaganya selama ni,” tutur Makcik Bibah dengan nada emosi. Baginya sebelum perginya Puan Sri Fatima untuk selama-lamanya, bahkan selepas kematian umi Rayyan itu pun, anak Cik Puannya itu adalah anaknya juga. Dia dan Puan Sri Fatima yang sama-sama mendidik anak muda itu. Mana mungkin sekarang ni Rayyan boleh melakukan kerja yang dilarang oleh agama Islam itu?
            “Ingat ya Kak Bibah. Kalau terjadi apa-apa kat saya, akak tolong jaga Rayyan. Hanya akak yang saya percaya.”
            Pesanan yang pernah dititipkan oleh arwah umi Rayyan itu mula menghasilkan air di dalam kolam mata Makcik Bibah. Pakcik Husin yang menyedari terus mendiamkan diri. Tidak ingin lagi meneruskan kata-kata yang mungkin akan terus mengguris perasaan isteri yang dikasihi.
            Di ruang tamu, Rayyan merenung tajam ke arah Shasha yang sedang ditenangkan oleh ibu tirinya.
            “Sabarlah Sha. Abang?,” Puan Sri Harlina memandang kepada suaminya yang masih diam seribu bahasa.
            Tan Sri Rahid menghela nafas. Pandangannya mulai berubah dari Shasha yang asyik menangis kepada anak lelakinya yang turut berada di ruang tamu itu.
            “Kalau dah suka sama suka, kenapa nak jadi macam ni pula?Aunty nak Rayyan bertanggung jawab ke atas Shasha. Tak kan lepas habis madu sepahnya dibuang macam tu je?,” hujah Puan Sri Harlina. Dia menjeling suaminya yang baru hendak membuka mulut. Lambat sangat nak tunggu orang tua tu buka mulut!
            “Tak pe la aunty. Sha tak nak nak kalau..,” Shasha meneruskan lakonannya. Sempat lagi di dalam hatinya memuji peribahasa yang digunakan oleh emak saudaranya itu.
            “Mana boleh macam tu!,” suara Puan Sri Harlina mula meninggi. Sudah lama peluang keemasan ini ditunggu-tunggu olehnya dan akhirnya peluang itu sudah pun terhasil melalui usahanya dan Shasha selama ini.
            “Tapi Sha tak nak kalau kita paksa Rayyan, aunty,” Shasha meneruskan lakonannya yang hanya dapat difahami oleh ibu saudaranya itu.
            “Apa pula paksa?Dah memang suka sama suka kan?Betul tak Rayyan apa yang aunty cakap ni?Abang?,” sekali lagi Puan Sri Harlina menoleh ke arah suaminya.
            “Rayyan, Babah fikir....”
“Tunggu dulu Ba. You...,” Rayyan menuding ke arah Shasha. Shasha yang sedari tadi asyik teresak-esak mula menghentikan esakannya. Matanya turut memandang ke arah Rayyan.
            “Apa cerita mengarut you tu?You cakap I dah memang tunggu you kat sini semalam kan?Then, kita pergi terus ke bilik I kan?,” Rayyan mengangkat keningnya kepada Shasha.
            “Er..emm...,” kepala Shasha mula mengangguk. Itulah cerita versinya yang diberitahu kepada Tan Sri Rashid pagi ini.
            “Lepas masuk bilik kita pun berseronok, gitu?Sampailah you tertidur kat bilik I dan bila Subuh tadi, Makcik Bibah datang nak kejutkan I dan jumpa you dalam bilik, kan?,” Rayyan melepaskan soalan lagi.
            “Betulkan Sha?Nak soal apa laginya Rayyan?Dah memang sah-sah Shasha ada dalam bilik kamu kan?Dari semalam sampai ke Subuh tadi. Mustahil tak terjadi apa-apa antara kamu berdua. Mana ada kucing yang tak sentuh ikan kalau dah ada depan mata,” Puan Sri tersenyum sinis. Kali ini, anak tirinya itu tidak dapat melarikan diri lagi.
            “Kita kena selidik betul-betul dulu. Tak boleh nak salahkan Rayyan seorang dalam hal ni. Tepuk sebelah tangan tak kan berbunyi,” Tan Sri Rashid turut meluahkan pandangannya. Nafasnya kembali dihela. Terasa kusut pemikirannya ketika ini dengan masalah yang timbul.
            Rayyan menganggukkan kepalanya. Di dalam hati dia bersyukur dengan kepercayaan yang masih ada untuknya di dalam hati Babahnya itu.
            “I bagi peluang kat you Sha. Ada apa-apa lagi yang you nak tambah untuk cerita drama you tu?,” Rayyan memandang ke arah Shasha dan ibu tirinya silih berganti.
            Puan Sri Harlina mengerling kepada Shasha. Anak saudaranya itu hanya menggelengkan kepala.
            Tan Sri Rashid yang bertindak sebagai pemerhati menantikan kata-kata yang ingin dilontarkan oleh anak bujangnya itu.
            “Nak tanya apa lagi?Khawin je terus!Kan senang?,” tukas Puan Sri Harlina.
“Senang untuk siapa?Untuk Aunty?Atau untuk Sha?,” Rayyan tersenyum sinis. Kepalanya digeleng perlahan. Ada hati dua orang wanita itu ingin perangkapnya?Benarlah kata-kata madah pujangga, dalam kepandaian seseorang itu, kadang-kadang akan terserlah juga kebodohannya.
            Mujur saja, sejak Subuh tadi dia dilihat oleh Makcik Bibah bersama-sama Shasha yang tiba-tiba sudah berada sekatil dengannya, dia sudah mendapat akal untuk berdepan dengan situasi yang sudah boleh diduga itu. Itu pun setelah jenuh memikir. Dia tidak rela mengahwini perempuan seperti Shasha. Apatah lagi untuk satu kesalahan yang tak pernah dilakukan oleh dirinya.
            “Rayyan..,” meleret suara Tan Sri Rashid menegur percakapan anaknya. Setidak-tidaknya, Puan Sri Harlina perlu dihormati di depan dirinya.
            “Abang tengoklah tu..tengok perangai anak abang tu. Bukan main lagi mulutnya kalau  bercakap. Sudahlah buat salah tapi tak nak mengaku. Ada hati lagi nak...”
            “Siapa?Siapa yang buat salah sekarang ni?,” Rayyan yang tidak dapat lagi membendung rasa sabarnya mulai bangun. Matanya cerlung memandang ibu tirinya dan Shasha silih berganti. Shasha yang mula dipagut ketakutakan mula memaut lengan emak saudaranya.
            “Oh!Sebab dia ada dalam bilik saya, jadi sayalah yang kena bertanggungjawab?Macam tu?Kalau saya ada dalam bilik aunty?.” Tersentak Puan Sri Harlina dengan soalan yang tidak diduga itu.
            “Rayyan!.”
Tan Sri Rashid turut berdiri. Dia tidak menyangka akan mendengar perkara sebegitu akan lahir dari bibir anaknya sendiri.
            “I’m sorry Ba tapi Rayyan tak kan khawin dengan perempuan murah macam ni. Never!,” Rayyan memandang kepada bapanya. Perempuan jenis apa Shasha tu kalau sanggup berkeadaan sedemikian rupa ketika berada di atas katil dengannya semalam?Entah bila perempuan itu menyeludup masuk ke biliknya dia tidak sedar. Apa yang dikesalkan ialah kesilapannya sendiri yang terlupa untuk mengunci pintu bilik.
            Tan Sri Rashid terjeda. Bab khawin ni bukannya satu perkara yang boleh dibuat main-main. Kalau empunya diri tidak mahu tak kan hendak dipaksa?Tapi Shasha macam mana?
            “Habis tu siapa yang nak bertanggungjawab kat Shasha ni?Senang kan?Lepas dah berseronok...”
            “Seronok?Semalam?I dah bagi peluang kat you Sha so lepas ni you jangan nak berdolak-dalih lagi,” Rayyan menuding ke arah Shasha yang diam tidak berkutik.
            “Ba, kalau betul Rayyan tunggu dia kat sini dan bawa dia terus masuk ke bilik Rayyan, mana perginya barang-barang dia yang lain?Mana perginya beg tangan dia ke?Whatever la benda yang dia selalu bawa bila nak keluar. Mana?,” Rayyan memandang ke arah ayahnya.
            Tan Sri Rashid menghela nafas. Punggungnya kembali dilabuhkan ke sofa. Di dalam hati, dia akui timbul sedikit kelegaan. Bersyukur kerana anaknya itu masih tidak melepasi batasan agama. Matanya mula memandang ke arah Shasha yang tidak lagi bersuara.
            Gulp!Shasha menelan air liur. Tak guna!Clutch hitam hadiah sempena hari lahirnya dari ibu saudaranya itu bukankah berada di dalam biliknya semalam?
          “Shasha..,” Tan Sri Rashid mula memanggil. Kelihatan anak saudara kepada isterinya hanya menundukkan kepala. Tidak menoleh kepadanya. Shasha yang duduk bersebelahan dengan ibu saudaranya itu tidak berani menanggapi pandangan dari Tan Sri Rashid.
            Puan Sri Harlina tertawa sinis. Bab itu yang hendak ditimbulkan oleh anak tirinya itu?
           “Kalau dah tuannya ada dalam bilik tu, mestilah beg ke atau barang-barang yang lain pun ada kat dalam tu juga. Macam baju Shasha ni..,” sinis Puan Sri Harlina sambil menjeling. Bukannya dia tak perasan akan dress Shasha yang terdapat di atas permaidani bilik anak tirinya itu pagi tadi. Dia sendiri tidak menyangka perkara yang diharap-harapkan akhirnya terlaksana juga apabila mendengar kecoh pagi tadi.
            Mujur juga adanya Pakcik Husin yang bertindak menenangkan anak tirinya itu. Kalau tidak, mesti teruk anak saudaranya itu dikerjakan oleh Rayyan yang berang apabila terjaga dari tidurnya pagi tadi setelah didatangi Makcik Bibah.
            “Jawablah. Kenapa nak diam?Cakap kat aunty kesayangan you ni, mana perginya beg you tu?Ada ke dalam bilik I?,” Rayyan mengerling kepaada ayahnya yang turut memandang kepada ibu saudara dan anak saudara itu.
            “Ada kan Sha?Mesti ada dalam bilik Rayyan kan?,” soal Puan Sri Harlina girang sambil memegang bahu Shasha. Ala, tak kan la benda sekecil tu yang nak dirisaukan?
            “Shasha?Hal ni bukannya benda mainan. Jangan sampai Uncle..”
Kepala Shasha menggeleng lemah. Hatinya mula gerun memikirkan kata-kata yang ingin dilontarkan oleh bapa saudaranya itu. Pelbagai telahan dan kemungkinan yang menyerang fikirannya sekarang. Dia tidak ingin kehilangan kemewahan yang dikecapinya sekarang ini.
            “Macam mana nak ada kalau dah berbohong?Kalau betul cerita Shasha, Rayyan tunggu dia kat sini dan bawa terus dia ke bilik, mesti semua barang-barang dia ada sekali kan?Tapi sayang, dalam kelam kabut tu you terlupa satu benda. Terlupa nak fikir mana logiknya cerita you tu kan?Kalau macam tu je, senang la jawabnya. Masuk bilik je terus kena khawin. What a life!,” Rayyan tertawa kecil. Sekadar nak sakitkan hati emak tirinya yang wajahnya sudah merah padam.
            Tanpa menunggu sebarang kata dari sesiapa pun, Rayyan berlalu ke dapur. Perutnya mula berkocak.
            “Alhamdulillah,” getusnya perlahan sambil terus mengatur langkah. Kali ini, dia terlepas lagi dari perangkap durjana Shasha yang tak pernah jemu untuk mendapatkannya. Harapnya di masa akan datang pun Allah akan sentiasa ada bersama dengannya untuk menangkis perempuan seperti Shasha itu.
            Di ruang tamu, Tan Sri Rashid masih berjaya mengawal kemarahannya.
“Apa yang tak cukup lagi Sha?Agaknya kehidupan kat KL ni tak sesuai untuk Sha kan?,” Tan Sri Rashid mula bersuara. Matanya mengerling ke arah isterinya.
            “S..Saya tak tahu apa-apa bang. Sumpah!Sha, apa nak jadi dengan Sha ni hah?!Aunty ni pun dah terpedaya dengan tipu helah Sha. Tak sangka aunty boleh tuduh budak yang baik macam Rayyan tu sampai macam tu sekali. Syukurlah semuanya dah terdedah,” Puan Sri Harlina menjeling kepada anak saudaranya itu.
            “Sha tak nak Uncle kalau kena balik kampung. Sha nak tinggal kat sini dengan Aunty dan juga Uncle. Sumpah!Sha tak kan buat lagi. Tak kan!,” Shasha kembali berair mata. Kali ini, jujur. Takut kalau Tan Sri Rashid tidak ingin lagi menanggung dirinya dan yang lebih takut, kalau dia perlu pulang ke kampung. Meninggalkan segala kemewahan yang dirasainya selama 3 tahun ini.
            “Kalau benda macam ni berulang lagi, ingat Sha!Awak pun Lina..,” ujar Tan Sri Rashid dengan nada yang keras sebelum bangun  meninggalkan ruang tamu itu. Melihatkan suaminya yang sudah menghilangkan diri menaiki anak tangga, Puan Sri Harlina menoleh kepada Shasha yang duduk di sisi kirinya.
            “Bodoh!Benda yang macam tu pun tak boleh nak handle?!,” desisnya perlahan. Shasha hanya mampu membatukan diri.


3 comments:

  1. PADAN MUKA BILA RAYYAN NAK JUMPA MISS SLEEPING UGLY LAMA LAGI KAK
    .

    ReplyDelete
  2. soon, hehe..thanks ya sudi komen lagi cite ni, luv u ;-)

    ReplyDelete

EH, EH..ADA ORANG NAK BAGI KITA KOMEN?YEAYYY!!!