Thursday 31 January 2013

NOOR NAZRAH

wah, terharu bila owner MBR sudi meluangkan masanya untuk menulis komen. terima kasihhhh!!! rupa-rupanya Noor Nazrah ni pun seperti saya, anak kedua. emm..memang salah satu sifat anak kedua ni independent kan?saya pun macam tu, selagi boleh diselesaikan sendiri satu-satu perkara tu, saya akan try buat sendiri tanpa nak menyusahkan orang lain. dan sebab tu juga, before nak jadi penulis ni, kerja yang paling famous iaitu 'tanam anggur', parents saya tak bising sangat coz memang saya ada saving sendiri. segala perbelanjaan SDN BHD. memang tak kan meminta-minta daripada mak atau ayah so that's y diaorang tak tension dengan saya even 24 jam ada kat rumah, hehee:-)

tapi apa-apa pun, saya percaya kalaulah kita ada meter yang boleh diukur tahap kesabarannya, Noor Nazrah akan jadi juara compare to me;-) itu adalah salah satu perangai tak elok yang saya nak cuba kikis saban tahun. dan sebab perangai tak 'sabar' tu jugalah, saya macam nak grab lagi items dari MBR, haha...dah la baru dapat QR black n flowy skirt dari MBR, bila tengok ada je QR version 2 terus terjegil mata, hehe....cantikkk!!!flowy tu amat-amat puas hati coz b4 this takut nak beli coz takut tak cukup labuh ke     apa even MBR dah stated yang labuh dia 39 inci dan saya sendiri pun dah ukur tapi biasalah kan, ni my first time beli benda2 through online dan MBR adalah d 1st blogshop yang menjadi pilihan saya. rasanya memang selepas ni, kat MBR je la saya akan terus beli coz perangai saya, kalau saya dah selesa dengan satu-satu benda tu, selagi tak bergegar bumi memang tak kan bertukar la jawabnya:-) contohnya macam pelembut kain, saya suka Downy so kalau g kedai dan memang habis, saya tak kan beli yang lain, sebab tu arwah emak pernah tegur, hehee...nak buat macam mana kan?Dah memang macam tu sikap saya dan saya akan terus setia dengan MBR, selain dapat membantu bisnes sesama Muslim, dah memang selesa and best baju-baju dia.

 ni adalah salah satu Queen Rania 02 yang bermain di dalam kepala;-) tapi memang cantik kan?seriously since beli QR dan Miss Rania 02 dari MBR, sehingga ke saat ini, tak pernah lagi beli baju dari mana-mana kedai lain.. saya pun bukan rajin sangat nak keluar rumah, kecuali g CC untuk berinternet dan contact publisher so baju-baju dari MBR la yang saya akan pakai:-) setakat ni QR dah ada 4, baby pink, baby blue, dark grey dan black. Miss Rania ada 6, tolak kuning dan merah je, yang lain dah ada dalam almari. dan nampaknya, QR version 2 ni macam nak coming soon;-) hehe..ayahanda tak marah coz baju ni pun ok, cuma jeling-jeling je bila abang pos laju bagi hon van bila sampai depan rumah, hehee..

untuk Noor NAzrah, terharu saya bila awak sanggup letak gambar kita kat FB..dan saya akan sentiasa doakan yang terbaik untuk awak, dunia dan akhirat. semoga bisnes MBR akan terus berkembang. nasib baiklah awak duduk jauh, kalau saya duduk dekat-dekat rumah awak, terpaksalah awak mengadap muka kita setiap hari coz once saya suka shop kat situ, saya akan terus SETIAAAA!!! [awak dah consider kita kawan, lagi terharu ;( ]

No comments:

Post a Comment

EH, EH..ADA ORANG NAK BAGI KITA KOMEN?YEAYYY!!!